awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Setiausaha KPM diarah buat laporan SPRM berkait isu penyelewengan - Radzi

Bernama
Bernama
17/10/2022
14:25 MYT
Ketua Setiausaha KPM diarah buat laporan SPRM berkait isu penyelewengan - Radzi
Radzi berkata arahan itu dibuat, berikutan satu hantaran video dakwaan penyelewengan berkaitan SST untuk kontrak bekalan makanan bermasak serta kebersihan bangunan dan kawasan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Yusran Shah Mohd Yusof diarah membuat laporan segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung dakwaan berlaku penyelewengan di kementerian itu.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebook malam ini berkata arahan itu dibuat, berikutan hantaran video dibuat individu dikenali Zaharin Yassin, yang mendakwa menerima aduan penyelewengan berkaitan Surat Setuju Terima (SST) untuk kontrak bekalan makanan bermasak serta kebersihan bangunan dan kawasan.
"Memandangkan nama saya dan Ketua Setiausaha KPM turut disentuh, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha KPM untuk membuat laporan segera kepada SPRM, supaya siasatan terhadap dakwaan tersebut dilaksanakan secepat mungkin.
"Saya juga berharap saudara Zaharin dapat menyampaikan maklumat yang diterima beliau kepada SPRM," menurut hantaran itu.
Radzi turut memuat naik video berdurasi 2.45 minit oleh Zaharin berkaitan dakwaan tersebut di hantaran sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KSU KPM
#Radzi Jidin
#penyelewengan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan