MALAYSIA
Ketua Setiausaha Negara dahului senarai 803 penerima darjah kebesaran Kelantan
Sultan Muhammad V dan Sultanah Nur Diana berkenan hadir pada Istiadat Pemeriksaan Perbarisan Kehormatan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-56 di Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bharu, hari ini. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengetuai senarai 803 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini.
Shamsul Azri dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk.
Turut dianugerahkan SJMK ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Datuk Seri Zukri Samat dan Ketua Pegawai Eksekutif Asianmax Corporation Sdn Bhd Datuk Soo Sze Ching.
Secara keseluruhannya 50 individu dianugerahkan gelaran Datuk oleh Sultan Muhammad V dalam istiadat penganugerahan yang berlangsung di Istana Balai Besar, di sini hari ini.
Turut menerima gelaran Datuk ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaafar yang dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK).
Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Pengelola Istana D'Raja Kelantan Brig Jen Datuk Raja Nik Mohd Shafriman Nik Hassan dianugerahkan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK).
Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan Datuk Idham Abd Ghani pula dikurniakan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK).
Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan (DPMK) kepada Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Sembilan individu dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Rohani Ibrahim, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim.
Penerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) ialah Pengerusi Heitech Padu Berhad Datuk Rizal Ashram Ramli, Pengarah Urusan Magna Prima Berhad Seay Ley Hong dan Chief Development Officer TNB Power Generation Sdn Bhd Shahrir Abdul Latiff.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, Panglima Wilayah Udara 1 Mej Jen Datuk Mahadzer Amin, Panglima Grup Artileri Pertahanan Udara Brig Jen Datuk Azhar Mustapha, Panglima Markas Bgd Arti Roket Brig Jen Mohd Tawil Daud dan Ketua Pengarah Kesihatan MK PMBTD Brig Jen Dr Mohamed Zaki Mohamed Mokhtar masing-masing dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK).
Sebanyak 17 individu menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) termasuk Ketua Hakim Syarie Datuk Mohd Amran Mat Zain.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi 1 Kota Bharu Hasbullah Adam, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Prof Dr Arham Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Badrul Hisham Alias dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai Mohd Fadly Amri Aliaman masing-masing dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK).
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail dan Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Muhammad Kifli Ma Hasan masing-masing dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (DPJK).
Penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (DPJK) ialah Timbalan Ketua Polis Kelantan DCP Mohd Ali Tamby.
-- BERNAMA