MALAYSIA
Ketua UMNO Padang Serai buat laporan polis akaun TikTok palsu guna teknologi AI
Asmadi menyedari kejadian berkenaan ketika berada di rumahnya di Taman Bidara, Kulim pada 31 Ogos lalu.
KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Datuk Asmadi Abu Talib membuat laporan polis selepas mendapati dua akaun TikTok palsu menggunakan nama, gambar serta mencipta suara penyamaran menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) tanpa kebenarannya.
Ringkasan AI
Asmadi dimaklumkan ahli UMNO Bahagian Padang Serai mengenai dua akaun palsu tersebut yang beroperasi dengan nama pengguna @chegumadi dan @cheggumadi.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin, berkata pengadu berusia 50 tahun itu menyedari kejadian berkenaan ketika berada di rumahnya di Taman Bidara, Kulim pada 31 Ogos lalu.
Beliau menjelaskan akaun palsu itu dipercayai diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan kewangan. Kandungan yang dimuat naik bersifat mengelirukan dan boleh memberi persepsi salah kepada masyarakat umum.
Pengadu juga bimbang kedua-dua akaun tersebut digunakan untuk memperdaya orang ramai dengan menyamar kononnya beliau terlibat dalam urusan bantuan kewangan.
Sebagai pemimpin politik tempatan dan Ketua UMNO Bahagian, penyalahgunaan identitinya boleh menimbulkan kebimbangan berkaitan penipuan kewangan dan kerugian kepada orang awam.
Berikutan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kedah menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap penipuan dalam talian yang menjanjikan bantuan kewangan.
Baderulhisham menegaskan orang awam tidak seharusnya mudah terpedaya dengan pujukan atau rayuan melalui video melibatkan ahli politik atau selebriti kerana kandungan tersebut mungkin disunting atau dihasilkan menggunakan AI.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan maklumat dengan pihak berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan, selain tidak memindahkan wang kepada individu tidak dikenali.
Semakan lanjut boleh dibuat melalui aplikasi Semak Mule, laman Facebook JSJK PDRM atau menghubungi talian Pusat Respons Penipuan Nasional (NSRC) di 997.
Ringkasan AI
- Datuk Asmadi Abu Talib buat laporan polis selepas dua akaun TikTok palsu guna nama, gambar dan suara AI untuk menyamar dirinya.
- Akaun tersebut dipercayai diwujudkan bagi tujuan penipuan kewangan dan boleh mengelirukan masyarakat umum.
- PDRM nasihat orang ramai agar berwaspada terhadap kandungan digital yang disunting atau dihasilkan dengan AI, serta semak maklumat sebelum bertindak.