awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Wanita MCA pertama meninggal dunia

Bernama
Bernama
28/12/2023
14:19 MYT
Ketua Wanita MCA pertama meninggal dunia
Ketua Wanita MCA pertama Tan Sri Rosemary Chow Poh Kheng, meninggal dunia hari ini.
KUALA LUMPUR: Ketua Wanita MCA pertama Tan Sri Rosemary Chow Poh Kheng, meninggal dunia hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi hantaran di Facebook.
Wee yang merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang, menyifatkan pemergian Chow yang berusia 96 tahun merupakan satu kehilangan besar buat negara dan MCA.
"Mewakili pihak parti, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Ketua Wanita MCA pertama, Tan Sri Rosemary Chow Poh Kheng, yang telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini," katanya.
Wee berkata Chow memulakan pergerakan Wanita MCA dengan 800 ahli pada 1975 dan sentiasa memperjuangkan hak wanita serta kanak-kanak.
Katanya mendiang merupakan seorang aktivis sosial yang berpendidikan tinggi dan pernah menjadi Ahli Parlimen Ulu Langat pada 1975 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Kesihatan apabila dipilih semula pada pilihan raya umum 1978.
Beliau berkata Chow menjadi pemimpin pertama Wanita MCA yang dilantik sebagai Timbalan Menteri pada 1982 dan berkhidmat di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
"Tan Sri Rosemary terkenal dengan kejayaan kempen mempromosikan monogami dalam kalangan bukan Islam dan peranannya dalam penggubalan undang-undang untuk mewajibkan pendaftaran perkahwinan sivil.
"Bukan itu sahaja, beliau juga terlibat secara aktif dalam pendidikan vernakular dan pembukaan tadika di negara ini untuk menggalakkan pendidikan prasekolah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Wanita MCA pertama
#Rosemary Chow Poh Kheng
#meninggal dunia
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan