KUALA LUMPUR: Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) memohon maaf atas kesulitan dihadapi pengguna susulan isu ketupat yang dimasak menjadi lembik.

Dalam satu kenyataan, Adabi menyeru kepada pengguna supaya menyalurkan terus aduan di rangkaian laman media sosial rasmi Adabi.

"Sekiranya pihak pengguna mendapati produk ketupat Adabi yang dibeli adalah lembik setelah dimasak, aduan boleh disalurkan terus melalui rangkaian laman media sosial rasmi Adabi.

"Untuk makluman pihak Adabi telah pun mengambil langkah untuk menukar beras yang digunakan agar perkara ini tidak berulang, " ujarnya.

Kenyataan itu menyebut, Adabi menghargai maklum balas daripada pengguna dan segala kesulitan berkaitan isu kualiti ketupat berkenaan amat dikesali.
 
 
Sumber Facebook AdabiMY