SUNGAI SIPUT: Sebuah replika ketupat terbesar berketinggian 16.46 meter (m) dengan lebar 13.41m di Kampung Bahagia di sini akan dijadikan antara tarikan Tahun Melawat Perak 2024, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee.
Beliau berkata, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi membina replika ketupat tersebut yang dimulakan pada 3 April lepas manakala bakinya ditaja penduduk kampung itu.
Menurut Loh, replika ketupat itu antara inisiatif untuk Tahun Melawat Perak 2024 dengan keunikannya membolehkan pelancong bergambar dan memuat naik di laman media sosial masing-masing.
"Kampung Bahagia adalah kampung Melayu di tengah-tengah Sungai Siput, ini (replika ketupat terbesar) bagi mengekalkan tradisi orang Melayu dan mengapa (sebab) kita memilih motif ketupat," katanya selepas merasmikan Ketupat Terbesar dan Sambutan Hari Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong di Padang Rekreasi Kampung Bahagia di sini, malam tadi.
Sementara itu, Loh berkata, sasaran kemasukan 500,000 pelancong luar negara yang akan mengunjungi bandar raya Ipoh hingga hujung tahun ini sempena Tahun Melawat Ipoh 2023 oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) adalah tepat.
"Sasaran yang diumumkan oleh MBI amat bertepatan. Semalam kita berada di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan kita telah berbincang dengan menteri (Datuk Seri Tiong King Sing), beliau amat menyokong usaha kerajaan negeri, namun kami tidak boleh mengumumkan peruntukan dan sumbangan yang diberikan kerana perlu ada dokumen rasmi," katanya.
Pada 11 Mei, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, sasaran itu adalah berdasarkan pencapaian hingga April lepas yang menyaksikan kira-kira 50,000 pelancong luar mengunjungi bandar raya tersebut, iaitu peningkatan 10 kali ganda berbanding sebelum pandemik COVID-19. - BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023

Orang ramai bergambar di hadapan replika ketupat yang terbesar di Malaysia pada Majlis Sambutan Hari Raya di Padang Rekreasi Kampung Bahagia Sungai Siput malam tadi. Ketupat bersaiz 16.3 meter lebar dan dan 13.3 meter tinggi. - Gambar BERNAMA

TPM, anggota Kabinet ucap tahniah Hari Keputeraan Agong
Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri merafak sembah dan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Op Khas Samseng Jalanan: Polis sita 36 motosikal di Pulau Pinang
Polis menyita 19 motosikal dan sebuah kereta dalam operasi bersepadu Op Khas Samseng Jalanan di daerah Barat Daya, di sini, yang bermula 10 malam tadi hingga 6 pagi hari ini.

Mayat lelaki cuba selamatkan kanak-kanak di Pantai Bagan Lalang ditemui terapung
Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan dua kanak-kanak Pantai Bagan Lalang, di sini semalam ditemukan pasukan SAR, pada Isnin.

Darjah kebesaran daripada Agong penantian berbaloi - Pemenang Piala Thomas 1967
Selepas 56 tahun, Cheng Hoe dan rakan sepasukannya yang menjuarai Piala Thomas 1967 di Jakarta, Indonesia, sekali lagi menerima penghormatan hari ini.

Pra-UNHA: Isu dana dan pembiayaan jadi perdebatan hangat
Isu kewangan bagi membiayai masalah perbandaran dan penempatan mencuri perhatian dalam sesi meja bulat perniagaan pada pra-Perhimpunan UN-Habitat (UNHA) kedua yang berlangsung di Nairobi.

#PE3: Cuma 100 unit untuk direbut, bawa pulang figurine Polis Evo 3 anda sekarang!
Patung aksi ini kini boleh ditempah di esachannel.com dengan harga RM175 setiap satu, dan pengedaran koleksi ini bermula pada 3 Jun di Amcorp Mall, Petaling Jaya.

8 termasuk 7 pesilat cedera MPV langgar lori
Lapan lelaki termasuk tujuh pesilat cedera ringan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori di KM221 Lebuhraya Utara Selatan.

3 remaja pukul gelandangan diberkas, seorang masih dikesan
Kejadian berlaku di bawah jambatan Pelabuhan Klang berhampiran sebuah pasar raya Lebuh Beringin.

IATA mahu lebih banyak negara dakwa penumpang tidak terkawal
Insiden penderaan fizikal kekal amat jarang berlaku tetapi ia mencatatkan peningkatan yang membimbangkan sebanyak 61 peratus berbanding 2021, berlaku sekali untuk setiap 17,200 penerbangan.

Ratusan ditahan ekoran situasi politik tegang di Senegal
Ratusan orang telah ditahan di seluruh negara sejak protes berdarah meletus sebagai reaksi terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada seorang pemimpin pembangkang, kata seorang pegawai pada Ahad.

Ketupat terbesar antara tarikan Tahun Melawat Perak 2024 - Exco
Keunikan ketupat membolehkan pelancong bergambar dan memuat naik di laman media sosial masing-masing.