awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keunikan masyarakat Cina di Terengganu

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
13/04/2018
09:47 MYT
Keunikan masyarakat Cina di Terengganu
Krew Astro AWANI berpeluang meluangkan masa bersarapan dengan masyarakat cina di bandar Kuala Terengganu.
Orang luar yang datang ke Terengganu pastinya keliru, bingung dan teruja apabila komuniti Cina di negeri ini petah bertutur dalam loghat tempatan.
Walaupun terdiri daripada kumpulan minoriti di negeri itu, tetapi mereka nyata selesa menghadam budaya masyarakat Melayu yang populasinya 92 peratus jumlah penduduk di Terengganu.
Krew Astro Awani yang membuat liputan di negeri itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sempat berpeluang meluangkan masa bersarapan dengan masyarakat cina di bandar Kuala Terengganu.
Bagi seorang warga emas, Ong Doon Eng, bertutur dalam dialek tempatan bukan sesuatu yang sukar untuk dipelajari dan difahami.
Menceritakan sosio budaya masyarakat di sini beliau sendiri mengakui bangsa Cina di sini sangat berbeza dengan bangsa mereka yang tinggal di negeri lain.
Malah ada sebilangan mereka yang langsung tidak menggunakan bahasa ibunda sebagai pertuturan harian.
"Kalau awak tengok sebahagian masyarakat Cina di Terengganu ini sangat lain. Berapa ramai yang tidak menggunakan bahasa ibunda sebagai pertuturan.
“Kami dah biasa pakai bahasa Terengganu. Malah ada satu kelompok yang di panggil Cina Tiruk yang langsung tak faham dan boleh berbahasa cina. Bahasa melayu yang dipakai hanya loghat tempatan sahaja..bukan bahasa KL boh,” selorohnya.
Tidak dinafikan masyarakat Cina di tengah bandar Terengganu ini masih mengekalkan budaya dan agama nenek moyang mereka.
Malah sesiapa sahaja yang biasa berkunjung ke Terengganu akan tahu wujudnya Kampung Cina di tengah bandar Terengganu yang telah dinaik taraf sebagai pusat pelancongan terkenal.
Warisan peninggalan nenek moyang mereka ternyata dipelihara dengan begitu baik selain premis perniagaan ratusan tahun dahulu yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini.
Mereka juga tidak terlepas dari tempias landskap politik menjelang Pilihanraya Umum Ke-14.
Bagi mereka, apa yang dikecapi hari ini perlu dikekalkan dan diperbaiki sebagai komuniti minoriti di negeri Darul Iman ini yang di anggap sangat unik.
Topic Berkaitan
#Cina
#dialek
#komuniti Cina
#Kuala Terengganu
#loghat
#Malaysia Memilih
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan