awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keyakinan orang awam terhadap SPRM meningkat sejak 2009

Bernama
Bernama
01/11/2015
01:07 MYT
Keyakinan orang awam terhadap SPRM meningkat sejak 2009
SPRM sebagai suruhanjaya yang bebas akan menjalankan siasatan ke atas setiap kes secara telus dan profesional. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata keyakinan dan sokongan orang ramai terhadap SPRM meningkat berikutan pelbagai inisiatif dan tindakan yang dilaksanakannya sejak 2009.
Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob berkata menerusi program transformasi, SPRM melaksanakan pelbagai strategi operasi pencegahan rasuah, pengurusan berkesan modal insan dan meningkatkan usaha mencegah rasuah.
"Pelbagai strategi dan pendekatan telah dilaksanakan termasuk 'engagement' dengan pihak-pihak berkepentingan untuk meningkatkan prestasi SPRM secara holistik," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kenyataan itu sebagai mengulas laporan artikel Malaysia Today tulisan Raja Petra Kamarudin pada Sabtu bertajuk 'When MACC Literally Gets Away with Murder'.
"SPRM juga menekankan bahawa SPRM tidak semata-mata 'bertindak ke atas Perdana Menteri', sebagaimana didakwa Raja Petra bagi meningkatkan kredibiliti dan keyakinan orang ramai ke atas SPRM.
"SPRM tidak bergantung kepada kes membabitkan Perdana Menteri untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap SPRM. Isu SRC International dan RM2.6 bilion adalan antara beberapa kes yang mempunyai merit untuk disiasat di bawah Akta SPRM 2009," katanya.
Rohaizad berkata oleh itu SPRM mempunyai tugas dan tanggungjawab moral untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh.
Beliau berkata SPRM sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas akan menjalankan siasatan ke atas setiap kes secara telus dan profesional.
Topic Berkaitan
#integriti
#kepercayaan umum
#Rohaizad Yaakob
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan