PETALING JAYA: Penyanyi legenda, Datuk Khadijah Ibrahim antara penerima Anugerah Inspirasi Sepanjang Zaman pada acara "The Celebration: Life Begin at 50' sempena Festival Warga Emas 2023 yang berlangsung di pusat beli-belah di sini hari ini.
Khadijah, 64, atau lebih terkenal sebagai Khaty berkata beliau gembira dan bersyukur atas penghargaan itu, serta meminta anak-anak agar terus berbakti kepada orang tua mereka yang sememangnya dituntut dalam Islam.
"Saya seorang yang sangat menghargai orang tua, kalau saya tahu ada warga emas yang dianiaya atau dikasari, ia boleh buat saya marah walaupun saya ini jenis sukar untuk marah.
"Saya juga sedih apabila melihat warga emas dihantar ke rumah orang-orang tua dan diabaikan anak-anak sedangkan itu adalah tanggungjawab mereka dan sikap ini harus dihentikan," katanya kepada Bernama selepas acara tersebut.
Anugerah itu bagi mengiktiraf individu warga emas yang cemerlang dan banyak memberi sumbangan dalam bidang masing-masing.
Selain Khadijah, turut mendapat pengiktirafan Datuk Mohd Nor Khalid (Datuk Lat), Datuk Ras Adiba Radzi, Ivy Josiah dan Datin Paduka Sister Enda.
Ras Adiba, 55, pula berharap Malaysia mempunyai sistem sokongan yang kukuh buat warga emas sepertimana di luar negara sebagai persediaan mencapai status 'negara tua' pada 2030.
Katanya semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat korporat perlu menggembleng tenaga menyediakan kemudahan serta persekitaran kondusif buat warga emas.
Festival anjuran Amazing Seniors, sebuah kelab sosial warga emas, yang berlangsung tiga hari bermula hari ini, diadakan sempena Hari Warga Emas Antarabangsa yang disambut setiap 1 Okt, dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya ceramah, pemeriksaan dan jualan produk kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023
Khadijah (foto) antara penerima Anugerah Inspirasi Sepanjang Zaman pada acara "The Celebration: Life Begin at 50'. -Foto Sinar Harian
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Khadijah Ibrahim terima Anugerah Inspirasi Sepanjang Zaman
Khaty berkata beliau gembira dan bersyukur atas penghargaan itu, serta meminta anak-anak agar terus berbakti kepada orang tua mereka yang sememangnya dituntut dalam Islam.
Noraniza Idris, Yantzen, Mus antara peserta Gegar Vaganza musim baharu
Turut sahut cabaran dalam musim baharu ini ialah Rozita Izlyn, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Ashira dan Haslinda.
Hetty Koes Endang juri tetap GV6, gantikan Datuk Khadijah Ibrahim... Ini sebabnya!
Kata Pengurus Saluran Astro Ria & Ria HD, Emarina Kamal, penukaran juri tetap dibuat bagi mengelakkan 'conflict of interest'.
GV5: Sengit! Beza markah Noryn Aziz hanya 0.1% dengan Maya... tipis betul!
Penyanyi Noryn Aziz merampas kembali kedudukan pertamanya di konsert minggu keempat Gegar Vaganza 5 (GV5) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.