Ekspedisi kayuhan solo menjelajah Semenanjung Malaysia yang dilakukan pendaki solo negara, Khairil Aslan Ab Rasid yang masuk hari ke-17 hari ini, disambut meriah oleh penduduk sekitar Batu Rakit, Kuala Nerus tengah hari tadi.
Khairil Aslan berkata beliau teruja dengan sambutan rakyat Terengganu yang sangat ramah dan mesra sepanjang perjalanan di negeri itu.
"Saya memulakan kayuhan setelah bermalam di Masjid Penarik, Setiu pagi tadi dan dijemput oleh Ketua Pemuda UMNO Batu Rakit, Shahir Mohd Nor untuk makan bersama penduduk kampung di gerai satar milik bapanya.
"Saya agak terkejut kerana ramai yang menunggu saya di gerai itu kerana saya bayangkan ia hanya perjumpaan santai sahaja. Rupa-rupanya ia turut disertai Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman," katanya ketika ditemui Bernama ketika berhenti rehat di Masjid Kristal di sini hari ini.
Khairil Aslan memilih masjid sebagai tempat persinggahannya sepanjang ekspedisi yang bermula 16 April lepas, sebagai usaha beliau mendekati masyarakat setempat khususnya golongan belia di samping berkongsi pengalaman sebagai pendaki dan pengayuh basikal secara solo.
KAYUHAN-SOLO 2 KUALA TERENGGANU
Beliau yang dipilih sebagai Ikon Perak 2016 sempena Hari Sukan Negara berkata sepanjang berada di gerai itu, beliau berkesempatan menikmati makanan tradisional rakyat Terengganu seperti satar, keropok lekor dan nasi dagang.
"Memang sangat terharu diraikan oleh mereka semua tengah hari tadi. Terasa seolah-olah kami sudah kenal begitu lama kerana kesemua mereka sangat ramah dan mesra berbicara.
"Sepanjang kayuhan ke Kuala Terengganu, ada yang sudi mempelawa makan dan minum, malah ada yang mengajak saya tidur di rumah mereka. Namun saya tolak secara baik dan mereka faham apabila saya memilih untuk tidur di masjid kerana itu tema ekspedisi saya kali ini," katanya.
Ekspedisi selama 30 hari sejauh 2,700 km itu bermula pada 16 April lepas di Masjid Bandar Seri Putera, Bangi dan dijangka berakhir antara 14 atau 15 hari lagi di masjid yang sama.
Bapa kepada empat anak itu berkata beliau juga berkesempatan hadir ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) petang tadi dan bertemu dengan Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aeini Mokhtar.
KAYUHAN-SOLO 3 (AKHIR) KUALA TERENGGANU
"UMT adalah universiti yang sangat cantik kerana terletak di tepi pantai. Saya kagum dengan Pusat Islam UMT yang begitu aktif dalam pelbagai kegiatan dakwah bukan sahaja kepada warga universiti malah turut memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
"Sebenarnya, sebaik sahaja masuk ke Terengganu, saya sangat lega kerana laluannya tidak begitu mencabar seperti sebelum ini. Saya betul-betul menikmati keindahan pantai dan sangat terpegun dengan panorama yang begitu memukau," katanya.
Kayuhan bertemakan ''Dari Masjid Ku Menjelajah 2017'' itu adalah sebagai latihan beliau untuk Ekspedisi Solo Semenanjung Malaysia Berbasikal dan Mendaki selama 67 hari bermula Jun ini.
Khairil Aslan yang berasal dari Batu Kurau, Perak pernah menawan tiga puncak Himalaya - Puncak Mera, Lobuche dan Island dalam tempoh 32 hari bermula 26 Nov 2015.
Beliau juga mencipta rekod sebagai antara pendaki solo Asia yang melakukan ekspedisi ke tiga-tiga puncak berkenaan pada musim sejuk.
Beliau akan bermalam di masjid Kuala Ibai pada malam ini, dan dijangka meneruskan kayuhan sehingga ke Dungun malam esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2017
Khairil Aslan disambut oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Rakit Bazlan Abdul Rahman (tiga, kiri) ketika tiba di Batu Rakit sempena ekspedisi kayuhan solo menjelajah Semenanjung Malaysia hari ini. - BErnama
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.