Khairul Aming buka restoran ‘Rembayung’, belum beroperasi sudah banyak 'review' positif

Restoran tersebut menandakan peralihan KA dari dunia digital ke dunia perniagaan offline selepas 10 tahun.
USAHAWAN dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengejutkan ramai apabila mengumumkan pembukaan restoran pertamanya ‘Rembayung’ yang dijangka beroperasi mulai Januari tahun depan.
Ringkasan AI
- Khairul Aming mengumumkan pembukaan restoran pertamanya, 'Rembayung', dijangka beroperasi mulai Januari tahun depan dengan pelaburan sebanyak RM4 juta.
- Restoran tersebut menandakan peralihan KA dari dunia digital ke dunia perniagaan offline selepas 10 tahun, turut mengambil 50 anak muda tempatan bekerja tanpa mengetahui pemilik sebenar.
- Reaksi positif peminat dan warga maya terhadap konsep serta hidangan makanan ala kampung di Rembayung, dengan pelbagai ulasan baik daripada netizen, menunjukkan antusiasme yang tinggi terhadap pembukaan restoran ini.
“Dengan menelan modal RM4 juta, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kampung Baru, jarak sembilan minit dari KLCC. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk satu projek,” katanya.
Menurut Khairul Aming, pembinaan restoran itu menandakan permulaan baharu dalam dunia perniagaan selepas 10 tahun membina jenama dalam dunia digital.
“Selepas 10 tahun dalam dunia online, I’m finally ready untuk mulakan langkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung,” ujarnya.
Dalam masa sama, Khairul Aming turut berkongsi bahawa sebanyak 50 anak muda tempatan telah diambil bekerja bagi menggerakkan operasi restoran berkenaan.
Menariknya, mereka sendiri pada awalnya tidak mengetahui bahawa perniagaan itu adalah miliknya.
“50 anak tempatan ditawarkan masuk kerja, kerja mereka tak tahu pun ni kedai KA… bila dah diterima masuk kerja baru tahu,” katanya.
Pembukaan restoran tersebut menerima reaksi positif peminat dan warga maya yang teruja menantikan konsep serta hidangan makanan ala kampung yang bakal ditawarkan di Rembayung.
Sementara itu, berita berkenaan menerima pelbagai maklum balas positif daripada netizen.
Seorang pengguna di Threads berkongsi tangkap layar ulasan di Google, menunjukkan ramai meninggalkan review baik untuk restoran Khairul Aming.
"Dahsyat betul penangan anak Kelantan ini. Baru umumkan pembukaan restoran pertama milik beliau, Rembayung dah dapat banyak review positif.
"Belum buka lagi dah review sedap. Saya yang baca ni pun keliru. Tahniah Khairul Aming," tulis individu berkenaan. - Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


