Khairy akan umum 'sesuatu' berkenaan raya minggu depan

Sinar Harian
April 18, 2022 13:20 MYT
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dijangka mengumumkan 'sesuatu' berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri, minggu depan. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dijangka mengumumkan 'sesuatu' berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri, minggu depan.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok, Khairy berkata, beberapa perkara penting lain turut akan diumumkan.
"Minggu depan saya akan umumkan 'update' berkenaan dengan sambutan hari raya… jeng, jeng, jeng... dan juga beberapa pengumuman lain yang penting," katanya pada Isnin.
Menerusi hantaran sama, Khairy sekali lagi mengingatkan agar warga emas segera mendapatkan dos penggalak.
"Sudah 18 hari negara membuka sempadan negara, tidak lama lagi kita akan sambut Hari Raya Aidilfitri, janganlah kita leka.
"Paling penting pastikan mereka yang berisiko tinggi terus dilindungi," katanya.

Booster kedua untuk warga emas berisiko tinggi, booster untuk remaja berisiko tinggi, Paxlovid to treat high risk COVID-19 patients and now you can take a professional COVID-19 RTK test virtually. More updates next week. https://t.co/e8bKedDQ5j pic.twitter.com/6K62NShIHE

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) April 18, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Artikel asal di Sinar Harian
#Hari Raya Aidilfitri #Khairy Jamaluddin #update #Menteri Kesihatan #TikTok #warga emas #dos penggalak