MALAYSIA

Khairy bidas tindakan sebat di khalayak ramai

Astro Awani 03/09/2018 | 09:39 MYT
KHAIRY: Islam mengajar untuk menjaga martabat setiap umatnya. - Gambar fail
Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini membidas tindakan hukuman sebatan yang dikenakan terhadap dua orang wanita atas dakwaan melakukan hubungan sejenis, di Terengganu.
Kedua-dua wanita yang berusia 32 dan 22 tahun itu dihukum sebat di hadapan lebih 150 orang ramai di dalam Dewan Bicara 2, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, pagi tadi.
Hukuman enam sebatan oleh dua tukang sebat wanita dari Penjara Kajang, Selangor bertauliah berjalan lancar bermula jam 10 dan berakhir 10.16 pagi tadi.
"Islam teaches us to look after the dignity of every human being' (Islam mengajar kita untuk menjaga martabat setiap umatnya," ujar Khairy dalam Twitter peribadinya itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Sebat depan khalayak: Air mata tertuduh gugur selepas jalani hukuman
Menerusi kejadian pada April lalu, dua wanita berusia 32 dan 22 tahun itu ditahan kerana cubaan melakukan hubungan sejenis dalam sebuah kereta di Dungun.
Selain hukuman sebat, mereka turut berdepan hukuman penjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda RM3,000 yang ditetapkan.
BACA: Jangan hina, aibkan pesalah - Hakim Syarie
#hubungan sejenis #kereta #Khairy Jamaluddin #Kuala Terengganu #mahkamah #syariah #Twitter #wanita