NATIONAL

Khairy harap Dr Zaliha berjuang untuk sistem kesihatan awam yang cemerlang

Rahimah Abdullah 02/12/2022 | 14:15 MYT
Khairy berharap KKM akan mendapat peruntukan yang setimpal dengan usaha gigih kakitangannya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Khairy Jamaluddin berharap Dr Zaliha Mustafa yang dilantik sebagai Menteri Kesihatan yang baharu akan dapat meneruskan perjuangan untuk memastikan sistem kesihatan awam yang cemerlang.
Dalam masa sama, bekas Menteri Kesihatan itu berharap Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapat peruntukan yang setimpal dengan usaha gigih kakitangannya.
"Tahniah Dr Zaliha atas pelantikan sebagai Menteri Kesihatan yang baharu.
"Semoga berjaya dan terus berjuang untuk sistem kesihatan awam yang cemerlang dan mendapat peruntukan yang setimpal dengan usaha gigih warga KKM. All the best!," katanya melalui laman Twitter pada Jumaat.
Dr Zaliha adalah antara 28 nama yang tersenarai sebagai Jemaah Menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media khas pada Jumaat malam.
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
DAPATKAN LIPUTAN KERAJAAN PERPADUAN DI LAMAN MIKRO INI
BACA: Ahmad Zahid, Fadillah dilantik TPM. Ini senarai penuh Kabinet Perpaduan pimpinan PM Anwar
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kabinet Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim. - Infografik oleh Muhammad Syazwam
#Khairy Jamaluddin #Zaliha Mustafa #Kabinet Baharu #Anwar Ibrahim