awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur, indeks komposit naik sedikit
BISNES
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
MALAYSIA
Terengganu runding bawa pulang pelajar UPSI menerusi penerbangan ihsan TUDM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Khairy Jamaluddin dilantik Naib Presiden WHA ke-75

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
22/05/2022
15:46 MYT
Khairy Jamaluddin dilantik Naib Presiden WHA ke-75
WHA ke-75 yang bermula pada Ahad dan berakhir pada 28 Mei ini membawa tema Kesihatan Untuk Keamanan, Keamanan Untuk Kesihatan. - Gambar/ Twitter @Khairykj
KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin secara rasmi dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 yang berlangsung di Geneva, Switzerland pada Ahad.
Pada persidangan antarabangsa itu juga, Menteri Kesihatan Djibouti, Dr Ahmed Robleh Abdilleh diumumkan sebagai Presiden WHA ke-75.
Bersama @DGHisham mewakili Malaysia di Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA). InsyaAllah Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden secara rasmi hari ini. pic.twitter.com/MqZvPHsjgd
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 22, 2022
Dengan pemilihan ini, Khairy bersama-sama empat lagi naib presiden, akan mewakili rantau masing-masing di perhimpunan yang akan dihadiri oleh 194 negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada setiap tahun.
Untuk rekod, pemilihan naib Ppresiden dibuat pada sidang tertutup Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia Ke-72 yang berlangsung dari 25 hingga 29 Oktober 2021 di Himeji, Jepun.
Kali terakhir Malaysia menyandang jawatan itu adalah pada tahun 2016 yang diwakili oleh Menteri Kesihatan pada waktu itu, Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan pada tahun 2004 yang diwakili oleh Tan Sri Dr Chua Soi Lek.
WHA ke-75 yang bermula pada Ahad dan berakhir pada 28 Mei ini membawa tema Kesihatan Untuk Keamanan, Keamanan Untuk Kesihatan.
Ini merupakan persidangan bersemuka pertama WHA sejak bermulanya pandemik COVID-19.
BACA: WHO beri ingatan, COVID-19 belum berakhir
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Dr Noor Hisham Abdullah
#WHA
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami