awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy lawat PPV Stadium Perpaduan, sempat tanya khabar penerima vaksin

Nuzuluddin Abdul Razak, Fadilah Sulaiman
Nuzuluddin Abdul Razak, Fadilah Sulaiman
28/05/2021
06:52 MYT
Khairy lawat PPV Stadium Perpaduan, sempat tanya khabar penerima vaksin
Dalam lawatan tersebut, Khairy sempat meninjau proses pemberian vaksin yang melibatkan warga emas.
KUCHING: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin hari ini melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan Kuching.
Beliau yang ditemani Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas tiba di PPV itu sekitar pukul 11.15 pagi.
Dalam lawatan tersebut, Khairy sempat meninjau proses pemberian vaksin yang melibatkan warga emas.
Ia termasuk pemantauan proses pendaftaran, pemberian vaksin dan penilaian selepas vaksinasi.
Kira-kira 812 penerima akan hadir ke PPV itu bagi menerima dos kedua vaksin COVID-19.
Beliau dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sarawak turut dijadual mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada jam 3 petang ini.
Selepas itu beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengadakan sidang media pada 4.30 yang akan mengumumkan perkembangan terkini program imunasi COVID-19 di Sarawak.
Topic Berkaitan
#PICK
#Khairy Jamaluddin
#Khairy lawat PPV
#Kuching
#Sarawak
#Pusat Pemberian Vaksin
#Stadium Perpaduan Kuching
#Douglas Uggah Embas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan