awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy nafi Najib akan ke IJN, setiap banduan perlu terima rawatan di hospital kerajaan

Astro Awani
Astro Awani
13/09/2022
05:27 MYT
Khairy nafi Najib akan ke IJN, setiap banduan perlu terima rawatan di hospital kerajaan
Menurut Khairy, berdasarkan prosedur, setiap banduan perlu menjalani rawatan di hospital kerajaan. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan yang Datuk Seri Najib Tun Razak akan dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menerima rawatan.
Sebaliknya, kata beliau, berdasarkan prosedur, setiap banduan perlu menjalani rawatan di hospital kerajaan.
Tambah beliau, dalam kes bekas Perdana Menteri itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah membuat keputusan bahawa Najib dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
BACA: Najib mungkin dirujuk ke IJN kerana tekanan darah tidak menentu - Peguam
"Prosedur banduan adalah dirujuk ke hospital kerajaan dan bagi kes Najib, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memutuskan beliau dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.
Khairy berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan media mengenai Najib yang juga Ahli Parlimen Pekang yang kini menjalani hukuman penjara akan dirujuk ke IJN selepas dimasukkan ke HKL pada Isnin.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan Ahli Parlimen Pekan itu berkemungkinan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini, kata peguam beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
[TERKINI] Najib tidak sihat, hakim tangguh perbicaraan
Menurut Muhammad Shafee, tekanan darah bekas Perdana Menteri itu dilaporkan tidak menentu selain puncanya masih belum diketahui.
Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang dimasukkan ke HKL sejak semalam.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Khairy Jamaluddin
#tekanan darah
#Najib ke IJN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan