awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy sedia cadangan kesihatan untuk pertimbangan BN dalam manifesto

Bernama
Bernama
14/10/2022
08:29 MYT
Khairy sedia cadangan kesihatan untuk pertimbangan BN dalam manifesto
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau akan menyediakan beberapa cadangan berkaitan kesihatan untuk pertimbangan Barisan Nasional (BN) supaya dimasukkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau akan menyediakan beberapa cadangan berkaitan kesihatan untuk pertimbangan Barisan Nasional (BN) supaya dimasukkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata ia termasuk Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dan cadangan itu akan diserahkan kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang bertanggungjawab kepada manifesto untuk tindakan seterusnya.
"Sebagai Menteri Kesihatan, tentunya saya telah membuat beberapa cadangan, kita telahpun memberi beberapa cadangan, termasuk itulah (rang undang-undang berkenaan)," katanya pada sidang media selepas majlis pembukaan Clinical Research Malaysia (CRM) Trial Connect 2022 dan Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) di sini hari ini.
Khairy berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau telah bertanyakan kepada pemimpin BN jika gabungan itu akan memasukkan rang undang-undang tersebut yang lebih dikenali sebagai Generasi Penamat (GEG) dalam manifesto mereka.
Ditanya mengenai aspek kesihatan yang dijangka dimasukkan dalam manifesto BN, Khairy menjawab: "Tunggu dan lihatlah, tetapi saya tengah sediakan beberapa cadangan...dan hampir siap," katanya.
Pada 12 Okt, Khairy berkata beliau akan terus menyokong Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 biar apa sekalipun kedudukan selepas PRU15.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#cadangan kesihatan
#manifesto BN
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan