PUTRAJAYA: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata beliau sentiasa terbuka untuk disoal, dikritik dan disiasat berhubung pelaksanaan program vaksinasi terbesar negara.
Merujuk tuntutan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya siasatan bebas dilakukan di bawah Parlimen terhadap program tersebut serta perolehan vaksin, beliau berkata beberapa kontrak pembelian vaksin telahpun didedahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen pada 5 Jan lepas.
"Pendedahan tersebut adalah bersekali dengan jadual penghantaran dan harga yang dibayar," kata Khairy yang juga Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi.
Beliau berkata antara ahli PAC yang hadir dan memperhalusi kontrak perolehan vaksin pada hari tersebut adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah.
Sesi libat urus bersama ahli Dewan Rakyat pembangkang juga telah diadakan pada 19 Mac lepas berhubung pelaksanaan program imunisasi itu di mana beliau telah membentangkan secara panjang lebar mengenai pelaksanaannya namun Anwar tidak hadir pada sesi tersebut.
Dalam satu kenyataan hari ini sebagai maklum balas terhadap kenyataan Anwar mengenai program imunisasi itu, Khairy berkata dakwaan kerajaan negeri Selangor terpaksa menunggu lama bagi mendapat kelulusan membeli vaksin COVID-19 adalah tidak benar kerana tiada permohonan rasmi dibuat oleh kerajaan negeri itu setakat ini.
Menurutnya, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ada menyebut secara lisan perancangan Selangor untuk membeli vaksin dalam perbincangan mereka.
"Saya memberi respons yang positif. Namun, sehingga kini saya belum menerima apa-apa permohonan rasmi dari pihak kerajaan negeri," katanya.
Anwar antaranya mendakwa kerajaan Selangor "menunggu berbulan lamanya hanya untuk mendapat kelulusan yang diperlukan... untuk mendapatkan 2 juta dos buat rakyat Selangor,".
Mengulas dakwaan sama oleh Anwar mengenai Sarawak, Khairy berkata beliau telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Unggah Embas dan memaklumkan bahawa bekalan kerajaan Persekutuan mencukupi untuk menampung keperluan pelaksanaan program imunisasi di Sarawak.
Menurut Khairy, Unggah juga telah memohon untuk kerajaan Sarawak membeli vaksin dan beliau telah memberi respons yang positif mengenai permohonan itu namun menetapkan syarat yang vaksin tersebut mestilah berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Beliau berkata vaksin yang ingin dibeli oleh kerajaan Sarawak mestilah berdaftar di bawah NPRA terlebih dahulu memandangkan jenis vaksin yang dikehendaki Sarawak masih dalam proses penilaian oleh NPRA.
Khairy dalam pada itu berkata program imunisasi kebangsaan itu sedang dilaksanakan mengikut fasa yang diumumkan pada 14 Feb lepas dan perancangan program tersebut dibuat mengambil kira jadual penghantaran vaksin yang diberi oleh syarikat-syarikat pembekal vaksin.
"Saya juga telah jelaskan bahawa mengikut unjuran kerajaan, bekalan vaksin kita akan mula ampuh bermula Jun. Ini juga mengikut perancangan program imunisasi yang mana vaksinasi massa fasa tiga dijadualkan bermula pada Jun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 21 2021
Menurut Khairy, antara ahli PAC yang hadir dan memperhalusi kontrak perolehan vaksin pada hari tersebut adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah. - Gambar fail
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.