awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khaled terima kunjungan hormat CEO Thales International

Bernama
Bernama
16/10/2024
03:50 MYT
Khaled terima kunjungan hormat CEO Thales International
Mohamed Khaled menerima kunjungan hormat Pascale Sourisse bersama delegasi di Kementerian Pertahanan, hari ini. - Facebook Khaled
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Thales International Pascale Sourisse bersama delegasi di Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.
Khaled menerusi perkongsiannya di Facebook berkata antara yang dibincangkan adalah mengenai mengembangkan keupayaan industri pertahanan tempatan selari usaha negara ke arah pertahanan berdikari (self-reliance).
"Thales ialah sebuah syarikat multinasional Perancis terkemuka dalam sektor aeroangkasa, pertahanan dan keselamatan.
"Saya percaya matlamat yang ingin dijayakan ini dapat dibantu pemain industri global seperti melalui pemindahan teknologi dan Program Kolaborasi Industri (ICP)," katanya.
Beliau turut berharap hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua pihak dapat ditingkatkan dan memberikan manfaat kepada industri pertahanan tempatan dan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamed Khaled Nordin
#Thales International
#Kementerian Pertahanan
#Pascale Sourisse
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan