Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara berkuatkuasa Jumaat (17 Mei) menggantikan Tan Sri Ismail Omar, yang akan tamat tempoh pelantikan secara kontrak selepas bersara pada 16 Mei ini.
Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa pada hari yang sama.
"Selaras dengan peruntukan Perkara 140 (4) dan Perkara 140 (5) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan dua pelantikan jawatan khas itu berkuatkuasa 17 Mei," katanya.
Khalid, 56, yang berasal dari Seremban dan memiliki ijazah perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menjalani latihan sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis pada 5 Dis 1976, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Anti Narkotik Kedah pada 1997. Enam tahun kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Pahang dan tidak berapa lama pada tahun yang sama dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuantan.
Pada 2005, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan sebelum setahun kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan pada Jun 2007 dilantik sebagai Ketua Polis Selangor.
Tiga tahun kemudian, pada 13 Okt 2010 beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dan tidak sampai setahun, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.
Mohd Bakri, 59, yang berasal dari Penampang, Sabah dan memiliki Diploma Sains Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memulakan perkhidmatan dalam polis pada 6 Nov 1975 sebagai Inspektor percubaan.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Ketua Polis Daerah Sandakan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Cheras dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
Mohd Bakri pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Unit Risikan Jenayah D4 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sabah pada 2003 dan dalam tempoh dua tahun beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah pada 2005.
Pada 2006, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan dalam setahun beliau dilantik sebagai Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman. Pada tahun 2008 beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Bernama
Tue May 14 2013
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Demonstrasi jalanan bukan penyelesai masalah - Bakri Zinin
Demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan ia bukan cara konstruktif untuk orang ramai mencari penyelesaian terhadap masalah dalaman negara.