awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM arah titi gantung runtuh di Kuala Krai segera diganti
Pelabuhan Klang, PTP catat rekod baharu peningkatan jumlah pengendalian kontena pada 2025
Golden Prosperity Burger warnai Tahun Baharu 2026, McDonald’s Malaysia semarak semangat kebersamaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khalid Samad nafi positif COVID-19

Luqman Hariz
Luqman Hariz
12/08/2021
09:39 MYT
Khalid Samad nafi positif COVID-19
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, beliau pada mulanya mendapat keputusan ralat positif melalui ujian RTK-Antigen, sebelum disahkan negatif melalui ujian RT-PCR - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengesahkan beliau negatif COVID-19.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara itu sebelum ini dilaporkan menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif.
Beliau bagaimanapun mendedahkan, ujian RTK Antigen air liur yang dilakukannya pada Rabu menunjukkan keputusan positif.
Susulan itu, beliau melakukan ujian saringan RT-PCR pada hari yang sama untuk mengesahkan keputusan tersebut.
"Alhamdulillah, keputusan RT-PCR saya disahkan negatif COVID-19.
"Memang sebelum ini kita ada dengar kes orang yang diuji positif COVID-19 melalui ujian RTK-Antigen, tetapi keputusan negatif apabila melakukan ujian RT-PCR kerana ia lebih tepat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Khalid bagaimanapun berkata, beliau akan meneruskan kuarantin kendiri di kediamannya sebagai langkah berjaga-jaga.
"Saya juga tiada sebarang gejala COVID-19 sehingga kini.
"Apa pun, saya ingin ucap terima kasih dan rakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menghubungi saya dan bertanyakan khabar," katanya.
Sebagai sebahagian daripada Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang berlangsung dari Februari hingga April 2021, Khalid merupakan salah seorang Ahli Parlimen yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19.
Topic Berkaitan
#Khalid Samad
#Parti Amanah Negara
#COVID-19
#Parlimen
#RTK Antigen
#RT PCR
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan