MALAYSIA
Khalid Samad sedia berdebat isu Kampung Sungai Baru
Khalid Abdul Samad (tengah) dalam sidang media di sebuah restoran di ibu negara pada Rabu. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menyatakan kesediaannya untuk berdebat berhubung isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini menjadi perhatian masyarakat.
Ringkasan AI
Menurut Khalid, cadangan penganjuran debat itu timbul selepas satu klip video di laman TikTok menjadi tular baru-baru ini yang menggesa supaya semua bekas Menteri Wilayah Persekutuan tampil menjelaskan peranan masing-masing.
“Di laman TikTok itu, ada pihak yang mencadangkan debat. Video itu menjadi tular. Mereka kata kes Kampung Sungai Baru ini sudah menjadi rumit, mengelirukan dan sebagainya.
“Mereka mencadangkan agar semua mantan Menteri Wilayah tampil. Walaupun saya tidak terlibat pada peringkat awal, saya terlibat selepas itu kerana saya membawa usul dan sebagainya. Jadi saya ingin nyatakan, saya bersedia,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara pada Rabu.
Khalid berkata, debat itu wajar turut disertai oleh tiga bekas Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Tan Sri Annuar Musa (10 Mac 2020-16 Ogos 2021), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (30 Ogos 2021-24 November 2022) dan beliau sendiri.
Selain itu, beliau turut mencadangkan agar Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mewakili kawasan berkenaan dijemput menyertai sesi debat tersebut.
“Panggil Datuk Seri Johari Ghani sekali. Ini kawasan beliau. Saya mahu tahu apa yang beliau lakukan sebenarnya. Sebelum ini saya pernah jemput beliau berdebat tetapi beliau tidak hadir.
“Sekarang mungkin beliau lebih yakin dan boleh hadir. Biar kita cari kebenaran,” ujarnya.
Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa debat itu perlu diadakan secara siaran langsung dan diselia oleh seorang moderator yang benar-benar neutral supaya fakta sebenar dapat diperoleh tanpa sebarang manipulasi.
“Dengan syarat, debat itu boleh dibuat di mana-mana sahaja tetapi mesti secara langsung. Saya tidak mahu rakaman, kerana dengan teknologi seperti AI sekarang ini, anda tidak boleh mempercayainya.
“Biar pengerusi atau moderator itu seorang yang neutral. Jangan panggil individu tertentu atau media yang berat sebelah. Dengan cara itu, barulah kita dapat memperoleh fakta sebenar,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah mencabar mana-mana pihak sebaliknya hanya menyahut cadangan yang dibuat oleh masyarakat. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Khalid Abdul Samad menyatakan kesediaan untuk berdebat isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru, susulan cadangan masyarakat yang tular di TikTok.
- Debat dicadangkan melibatkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan lain seperti Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani.
- Khalid menegaskan debat mesti diadakan secara langsung dan dikendalikan moderator neutral, bagi memastikan fakta sebenar dapat diperoleh tanpa manipulasi teknologi seperti AI.
Menurut Khalid, cadangan penganjuran debat itu timbul selepas satu klip video di laman TikTok menjadi tular baru-baru ini yang menggesa supaya semua bekas Menteri Wilayah Persekutuan tampil menjelaskan peranan masing-masing.
“Di laman TikTok itu, ada pihak yang mencadangkan debat. Video itu menjadi tular. Mereka kata kes Kampung Sungai Baru ini sudah menjadi rumit, mengelirukan dan sebagainya.
“Mereka mencadangkan agar semua mantan Menteri Wilayah tampil. Walaupun saya tidak terlibat pada peringkat awal, saya terlibat selepas itu kerana saya membawa usul dan sebagainya. Jadi saya ingin nyatakan, saya bersedia,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara pada Rabu.
Khalid berkata, debat itu wajar turut disertai oleh tiga bekas Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Tan Sri Annuar Musa (10 Mac 2020-16 Ogos 2021), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (30 Ogos 2021-24 November 2022) dan beliau sendiri.
Selain itu, beliau turut mencadangkan agar Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mewakili kawasan berkenaan dijemput menyertai sesi debat tersebut.
“Panggil Datuk Seri Johari Ghani sekali. Ini kawasan beliau. Saya mahu tahu apa yang beliau lakukan sebenarnya. Sebelum ini saya pernah jemput beliau berdebat tetapi beliau tidak hadir.
“Sekarang mungkin beliau lebih yakin dan boleh hadir. Biar kita cari kebenaran,” ujarnya.
Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa debat itu perlu diadakan secara siaran langsung dan diselia oleh seorang moderator yang benar-benar neutral supaya fakta sebenar dapat diperoleh tanpa sebarang manipulasi.
“Dengan syarat, debat itu boleh dibuat di mana-mana sahaja tetapi mesti secara langsung. Saya tidak mahu rakaman, kerana dengan teknologi seperti AI sekarang ini, anda tidak boleh mempercayainya.
“Biar pengerusi atau moderator itu seorang yang neutral. Jangan panggil individu tertentu atau media yang berat sebelah. Dengan cara itu, barulah kita dapat memperoleh fakta sebenar,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah mencabar mana-mana pihak sebaliknya hanya menyahut cadangan yang dibuat oleh masyarakat. -- Sinar Harian

#Kampung Sungai Baru
#Khalid Abdul Samad
#Bekas Menteri Wilayah Persekutuan
#berdebat
#protes penduduk