SEREMBAN: Keadaan kesihatan penyanyi kumpulan The Real Spin, Khalis Shari yang tidak menentu sebelum ini menyebabkan lima anaknya tercicir dalam pendidikan sejak dua tahun lalu.
Malah dua daripadanya yang kini berusia 19 tahun tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), manakala dua lagi berusia 11 dan 14 tahun baharu sahaja kembali ke sekolah bulan lalu dan seorang lagi berusia 17 tahun memilih untuk tidak ke sekolah.
Menurut Khalis atau nama sebenarnya Muhammad Khalis Md Shari, 35, sebagai bapa, dia sememangnya mengharapkan anak-anaknya menyambung pelajaran demi masa depan mereka, sekurang-kurangnya mempunyai sijil SPM.
Bagaimanapun katanya, semuanya terganggu selepas dia diuji dengan masalah kesihatan yang agak teruk pada tahun 2021.
"Waktu itu saya hanya terlantar di rumah akibat kencing manis dan anak-anaklah yang banyak membantu isteri menguruskan semuanya sehingga pelajaran mereka tercicir.
"Ia ditambah pula ketika itu negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19 yang menyebabkan sesi persekolahan tak berjalan seperti biasa dan mereka pun kerap tak datang sekolah sejak saya sakit," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Malah katanya, dia juga tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada anak-anak dengan memaksa mereka ke sekolah selepas lebih setahun meninggalkannya.
Namun jelasnya, itu bukan bermakna dia tidak kisah dan risau soal pendidikan mereka.
Sementara itu anak keduanya, Siti Rusnaida Umierah Rusli, 19, berkata, dia tidak terfikir mahu mengambil semula SPM dan kini mahu terus bekerja bagi membantu keluarga.
"Sejak Tingkatan Empat, saya terus tak pergi sekolah dan cikgu pun tahu saya jaga ayah sakit. Jadi kalau nak suruh ambil peperiksaan SPM itu, sukar buat saya.
"Sekarang ini saya bantu emak buat rawatan bekam di rumah dan berniaga kecil-kecilan. Cumanya kalau ada yang tawarkan program kemahiran, saya boleh mempertimbangkannya," katanya ketika ditemui bersama Penaung Persatuan Cakna Rasa Sayang (PCRS), Zulkifli Muhamed di Taman Seremban Jaya di sini pada Sabtu.
Bagaimanapun katanya, dia tidak mahu adik-adiknya mengikut jejak langkahnya tidak meneruskan persekolahan dan mahu mereka berjaya dalam pelajaran.
Sementara itu, Zulkifli berkata, maklumat berkenaan keciciran anak Khalis diperoleh selepas pihaknya mendapatkan maklumat lanjut soal pendidikan anak-anak ahli persatuan itu.
Katanya, ia susulan laporan Kementerian Pendidikan yang mengatakan hampir 30,000 direkodkan tidak menduduki peperiksaan SPM 2022.
"Keluarga Khalis ini merupakan ahli PCRS dan bila semakan dibuat kita dimaklumkan yang dua anaknya tidak ambil SPM 2021.
"Bagi saya ia bukan isu kecil tapi melibatkan generasi negara. Saya jangkakan ada lagi kes ini dan kita akan semak satu persatu selepas ini kerana jika dibiarkan ia akan merugikan negara," katanya.
Khalis dan isteri Zalina Azman, 42, membesarkan tujuh anak yang terdiri dua anak mereka, anak tiri (hasil perkahwinan terdahulu Zalina) dan dua anak saudara iaitu anak kakak ipar Khalis yang kematian suami. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 25 2023
Menurut Khalis, sebagai bapa, dia sememangnya mengharapkan anak-anaknya menyambung pelajaran demi masa depan mereka, sekurang-kurangnya mempunyai sijil SPM. -Foto Sinar Harian
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Khalis The Real Spin diuji sakit, 5 anak tercicir dalam pelajaran
Dia juga tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada anak-anak dengan memaksa mereka ke sekolah selepas lebih setahun meninggalkannya.