MALAYSIA

Khamis dan Jumaat diisytihar sebagai hari kelepasan am

Astro Awani 09/05/2018 | 19:27 MYT
Cuti hujung minggu rakyat Malaysia bermula lebih awal bermula Khamis, 10 Mei 2018.
Hari Khamis dan Jumaat (10 dan 11 Mei 2018) diisytihar sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bagi negeri-negeri yang menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, maka hari Ahad (13 Mei 2018) ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, menerusi akaun Twitter rasminya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

#cuti umum #hari cuti #kelepasan am #pilihan raya #PRU14