awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
10/02/2026
04:50 MYT
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir ketika sidang media Ulasan Tahunan Khazanah 2026, hari ini.
KUALA LUMPUR : Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) melaporkan prestasi berdaya tahan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 apabila mencatatkan aset bersih RM105 bilion dan pulangan 5.2 peratus pada tahun kewangan 2025.
Pengarah Urusannya, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, prestasi tersebut didorong pengurusan portfolio berdisiplin selain pewujudan nilai jangka panjang.
"Kami berbesar hati kerana prestasi ini mencerminkan disiplin pelaburan serta pendekatan jangka panjang konsisten dalam mengurus portfolio kami.
"Dalam persekitaran global yang semakin mencabar, Khazanah kekal komited untuk menumbuhkan kekayaan jangka panjang negara melalui pulangan terlaras risiko, di samping menjana nilai melangkaui pulangan kewangan menerusi pembangunan kapasiti dan komuniti.
"Selaras dengan strategi Memajukan Malaysia (Advancing Malaysia), kami akan terus menyokong agenda Ekonomi MADANI dalam menaikkan lantai dan siling ekonomi negara," katanya dalam sidang media Ulasan Tahunan Khazanah 2026, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Khazanah turut memainkan peranan penting sebagai penyumbang kepada kedudukan fiskal negara apabila membayar dividen berjumlah RM2 bilion kepada Kerajaan Malaysia bagi tahun 2025, menjadikan jumlah dividen terkumpul sejak penubuhannya pada 2004 mencecah RM21.1 bilion.
Pada masa sama, pulangan kepada pemegang saham terkumpul berjumlah RM93.1 bilion.
Khazanah menamatkan 2025 dengan jumlah aset sebanyak RM156 bilion, meningkat daripada RM151 bilion setahun sebelumnya, dengan hutang terkumpul adalah RM50.7 bilion.
Mengulas berkenaan unjuran tahun 2026, Amirul Feisal berkata, prospek Malaysia dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh pelaburan swasta dan pelaburan langsung asing yang giat meskipun pertumbuhan global dijangka sederhana.
Sehubungan dengan itu, Khazanah, katanya, akan terus mempelbagai dan memperkukuh daya tahan portfolio melalui pengurusan kecairan dan risiko yang berhemat, selaras dengan mandat dan selera risiko strategiknya.
"Dalam menghadapi cabaran global yang berterusan, Khazanah akan mempercepat pelaksanaan inisiatif strategik untuk Memajukan Malaysia dengan mengoptimumkan portfolio jangka panjang serta menyampaikan impak sosioekonomi.
"Kami akan terus memberi tumpuan kepada keutamaan negara, menjana pulangan mampan, memperkukuh daya tahan portfolio merentas dimensi kecairan dan risiko serta mempelbagaikan pendedahan pelaburan antarabangsa," tambah Amirul Feisal.
Topic Berkaitan
#Khazanah
#pelaburan
#ekonomi madani
#fiskal negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan