KUALA TERENGGANU: Kreativiti seorang pemuda menawarkan khidmat mengasah pelbagai jenis alatan tajam seperti pisau, golok, kapak, parang, cangkul dan gunting berjaya menarik minat orang ramai menggunakan perkhidmatan tersebut.
Ia terbukti apabila Muhammad Hafiz Nasir, 25, tukang pisau dari Kampung Baram, Gelugor Kedai, di sini menerima hampir 100 bilah pisau untuk diasah pada hari pertama dia menawarkan perkhidmatan tersebut pada minggu lalu.
Menurut beliau, idea mengambil upah mengasah pisau tercetus selepas bapanya, Nasir Mohd, 57, juga seorang tukang pisau sering mendapat permintaan dari rakan-rakan dan penduduk kampung supaya membantu mengasah pisau mereka.
“Dari situ saya nampak ia ada potensi untuk dikembangkan sebagai perkhidmatan yang boleh mendatangkan pendapatan, lebih-lebih lagi sebagai tukang pisau, saya mempunyai kemahiran dalam bidang ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, pada Selasa.
Muhammad Hafiz berkata, perkhidmatan ini mula ditawarkan pada Mei tahun lalu namun selepas beberapa bulan beroperasi, ia terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana mahu memberi tumpuan kepada pembuatan pisau bersama bapanya.
Bagaimanapun katanya, upah mengasah pisau itu dibuka kembali pada minggu lalu namun tidak menyangka akan mendapat sambutan baik dari orang ramai khususnya pengusaha kedai makan, peniaga, katering dan surirumah selepas diiklankan dalam media sosial.
“Menggunakan mesin ‘belt sander’ besar dan kecil, saya mampu mengasah kira-kira 200 bilah pisau sehari.
"Setakat ini, saya menerima lebih 70 bilah pisau untuk diasah setiap hari dengan upah antara RM1 hingga RM5 mengikut jenis.
“Buat masa sekarang, saya terima pelanggan dari sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sahaja dan semua pisau ini akan diasah di bengkel pembuatan pisau yang terletak di rumah ayah di Kampung Baram, Gelugor Kedai,” katanya.
Bapa kepada seorang cahayamata perempuan itu berkata, pelanggan tidak perlu datang ke bengkel untuk mendapatkan perkhidmatan ini kerana ada ‘runner’ yang akan mengambil dan menghantar pisau dengan caj antara RM3 hingga RM7 bergantung kepada lokasi.
Jelas Muhammad Hafiz yang turut mahir menghasilkan pisau, melihat kepada permintaan baik dari orang ramai, dia berhasrat untuk menawarkan khidmat mengasah pisau kepada pelanggan sekitar Marang dan Hulu Terengganu pula.
“Selain mengasah pisau, saya juga mengambil upah membaiki pisau yang sumbing, patah dan mengilatkan kembali dengan harga maksimum RM10 sebilah bergantung kepada jenis kerosakan.
“Harapan saya adalah untuk kembangkan lagi perkhidmatan ini ke seluruh negeri bagi membantu lebih ramai pelanggan yang berdepan masalah pisau tumpul, sumbing dan berkarat dengan caj berpatutan,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 03 2022
Muhammad Hafiz sedang mengasah pisau pelanggan menggunakan 'belt sander' di bengkel. -Foto Sinar Harian
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Khidmat asah pisau dapat sambutan
Setakat ini, Muhammad Hafiz menerima lebih 70 bilah pisau untuk diasah setiap hari dengan upah antara RM1 hingga RM5 mengikut jenis.