awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khidmat pengiring keselamatan, trafik bekas PM berdasarkan Akta 237 - KPN

Bernama
Bernama
16/11/2021
04:59 MYT
Khidmat pengiring keselamatan, trafik bekas PM berdasarkan Akta 237 - KPN
Menurut Acryl Sani, bagi mana-mana bekas perdana menteri sedang berhadapan tindakan undang-undang, PDRM akan mengekalkan kelayakan kemudahan menggunakan kedua-dua khidmat itu sehingga proses rayuan dimuktamadkan oleh mahkamah.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Khidmat pengiring keselamatan dan pengiring trafik bagi bekas-bekas perdana menteri disediakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan peruntukan di bawah Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 (Akta 237) berhubung keistimewaan bagi bekas perdana menteri.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata bagi mana-mana bekas perdana menteri sedang berhadapan tindakan undang-undang, PDRM akan mengekalkan kelayakan kemudahan menggunakan kedua-dua khidmat itu sehingga proses rayuan dimuktamadkan oleh mahkamah.
Beliau berkata khidmat kedua-dua pengiring berkenaan disediakan PDRM berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980.
"Buat masa ini, PDRM memberikan perkhidmatan berkenaan kepada kesemua bekas perdana menteri Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, PDRM mengesan beberapa pihak mempertikaikan keistimewaan pengiring keselamatan dan pengiring trafik untuk bekas-bekas perdana menteri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, warga maya mempertikaikan bekas perdana menteri yang dilihat masih menggunakan khidmat pengiring keselamatan dan pengiring trafik walaupun telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#Ketua Polis Negara
#pengiring keselamatan
#bekas perdana menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan