awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khidmat radio amatur bantu mangsa banjir di Terengganu

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
10/10/2021
02:00 MYT
Khidmat radio amatur bantu mangsa banjir di Terengganu
Antara peralatan yang digunakan Skuad 99 bagi memastikan komunikasi di kawasan pedalaman terjamin. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Bagi mengatasi masalah gangguan liputan komunikasi ketika banjir, khidmat radio amatur akan digunakan khususnya melibatkan kawasan pedalaman.
Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, langkah yang dilakukan itu selepas menyaksikan beberapa kawasan khususnya di kawasan pedalaman yang mengalami masalah tersebut.
Katanya, menerusi itu pelbagai inisiatif dilakukan termasuk bekerjasama dengan kelab radio amatur komunikasi bencana, Skuad 99 yang bersedia menyumbangkan kepakaran dan kemudahan yang dimiliki ketika bencana alam itu melanda.
"Banjir itu sudah mencecah tiang elektrik menyebabkan ada kampung-kampung yang langsung terputus hubungan.
"Jadi kami memberi fokus kepada tujuh kawasan di Dungun iaitu memang setiap tahun berlaku banjir," katanya.
Beliau berkata setakat ini Skuad 99 berkenaan akan memasang peralatan komunikasi bencana ini di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Dungun.
Jelas Ariffin, peralatan itu akan dipasang termasuk Dewan Orang Ramai Kampung Trois, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengal, Balai Penghulu Kampung Jongok Batu dan Balai Serbaguna Kampung Rantau Panjang.
Katanya sekiranya talian komunikasi ini terputus, Skuad 99 ini akan segera mengaktifkan peralatan mereka.
Sementara itu Ariffin berkata, pihaknya juga sedang mengatasi masalah menara komunikasi khusus di kawasan yang berisiko ditenggelami banjir.
Topic Berkaitan
#banjir
#radio amatur
#pedalaman
#komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan