awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khidmat sukarela patut dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah

Bernama
Bernama
03/07/2016
23:49 MYT
Khidmat sukarela patut dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah
DEVAMANY: Semangat kesukarelaan dalam misi keselamatan dan menyelamat di Malaysia masih belum dipupuk dengan baik. - Gambar fail
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K Devamany sedang berusaha untuk memasukkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan sukarelawan ke dalam kurikulum sekolah.
Sejajar dengan itu, beliau akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan tentang manfaat khidmat sukarela dalam misi keselamatan dan menyelamat memandangkan ia adalah cara yang baik untuk mendidik pelajar dari segi KBAT.
Melihat KBAT sebagai pendedahan berkesan mengenai kepentingan khidmat sukarela dalam misi menyelamat, beliau berkata:
"Semangat kesukarelaan dalam misi keselamatan dan menyelamat di Malaysia masih belum dipupuk dengan baik.
"Mendedahkan mereka (pelajar) kepada keadaan kritikal seperti dalam misi keselamatan dan menyelamat akan membina daya tahan dan melatih mereka untuk berfikir di luar daripada kebiasaan.
"Keanggotaan dalam PBPSM juga perlu diperkenalkan dengan lebih meluas dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah agar mereka boleh mula bekerjasama sejak peringkat usia muda lagi.
"Khidmat sukarela melangkaui sempadan bangsa dan agama kerana ia adalah mengenai kemanusiaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan ambulans kegunaan di luar jalan raya biasa (off-road) dan merasmikan majlis berbuka puasa Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia (PBPSM) di sini semalam.
Devamany juga berkata beliau akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan untuk mengadakan kajian perintis di sekolah bagi menilai kesan daripada memasukkan khidmat sukarela ke dalam kurikulum sekolah.
"Daripada membawa pelajar ke Taman Xtreme untuk melatih mereka tentang ketahanan diri dan sukan ekstrem, melibatkan mereka untuk berkhidmat secara sukarela dalam misi menyelamat itu sendiri merupakan sesuatu yang bersifat ekstrem," katanya.
Mengenai ambulans kegunaan di luar jalan raya biasa itu, Devamany berkata kenderaan berkenaan ditaja kerajaan dan merupakan ambulans pertama yang ditaja bagi kegunaan PBPSM.
"Ini juga merupakan suatu pengiktirafan terhadap persatuan itu dan sukarelawannya kerana usaha dan sumbangan mereka terhadap keselamatan dan kesejahteraan, bukan sahaja bagi rakyat Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia," katanya.
Ambulans kalis air itu akan digunakan untuk memasuki kawasan pedalaman dan kawasan yang tidak boleh dimasuki ambulans biasa ketika berlaku kecemasan.
Ditubuhkan pada 1991, PBPSM adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan pasukan mencari dan menyelamat profesional yang bukan bertujuan mencari keuntungan. Ia berpengalaman menyumbang bakti di peringkat tempatan ketika berlaku kecemasan seperti banjir, gempa bumi dan tanah runtuh.
Persatuan itu kini mempunyai 59 anggota berdaftar dan memberi khidmat sukarela dalam misi keselamatan dan menyelamat di lapan negara, termasuk Iran.
Topic Berkaitan
#Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K Devamany sedang berusaha untuk memasukkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan sukarelawan ke dalam kurikulum sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan