MALAYSIA
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
Nik Marina (tengah) berkata KHOM telah melaksanakan misi bantuan kemanusiaan di peringkat antarabangsa sejak 2017. -Gambar facebook Nik Marina Hussin.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan badan bukan kerajaan, Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM), bakal melancarkan misi kemanusiaan musim sejuk ke Syria dan Lubnan pada Ramadan tahun ini.
Ringkasan AI
Pengarah misi merangkap pengerusinya, Nik Marina Datuk Hussin menegaskan, meskipun sebahagian wilayah di Syria telah pulih daripada peperangan, pelarian masih berdepan penderitaan akibat kekurangan keperluan asas di kem-kem pelarian.
“Hakikat untuk rakyat Syria sebenarnya, penderitaan mereka masih belum tamat. Sebenarnya, ia merupakan permulaan kepada penderitaan baharu kerana mereka ingin membina kehidupan semula,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Misi kali ini merangkumi pengagihan pek bantuan makanan, barangan keperluan asas musim sejuk, penyediaan tangki air di penempatan dan kem pelarian, serta pembekalan peralatan pembelajaran.
Marina berkata, pek bantuan kali ini lebih besar daripada biasa kerana jatuh pada bulan Ramadan, termasuk hidangan nasi beriani dan seekor ayam bagi setiap pelarian.
“Rakyat Syria yang hidup dalam keadaan pasca perang masih tidak mampu untuk membeli ayam dan daging, mungkin setahun sekali baru dapat, kami pernah bertemu dengan kanak-kanak yang hampir tiga ke empat tahun tidak makan ayam,” katanya.
Menurut Marina, sejak perang melanda Syria pada 2011, hampir 13 juta rakyatnya menjadi perlarian dan 7.5 juta rakyat menjadi perlarian dalam negara dari satu wilayah ke satu wilayah.
Kini, mereka kembali pulang ke tempat masing-masing dalam keadaan tiada rumah, air dan elektrik kadang-kadang perlu berjalan 10 batu (16.1 kilometer) hanya untuk mendapatkan satu timba air, ujar Marina.
Menyentuh mengenai isu pendidikan, Marina berkata hampir 14 tahun anak-anak di Syria tidak dapat memegang pena dan belajar membaca.
“Antara perkara yang kita fikirkan ialah kelangsungan hidup pasca peperangan,” kata Marina.
Selain Syria, KHOM juga menyalurkan bantuan kepada warga Palestin yang menjadi pelarian akibat kekejaman rejim Zionis Israel di kem Shabra dan Shatila, Beirut, Lubnan.
“Ini merupakan misi berkembar kerana kita akan membantu perlarian Syria serta perlarian Palestin yang tinggal di Lubnan, kami akan menyampaikan bantuan kemanusiaan untuk waris peristiwa Nakba 1948,” katanya.
Pada masa sama Marina turut menyeru rakyat Malaysia agar menyalurkan sumbangan melalui akaun rasmi KHOM, bagi memastikan barangan bantuan yang dibawa mencukupi untuk semua mangsa pelarian dalam liputan misi KHOM.
Selain Syria, sejak 2017 KHOM telah melaksanakan misi bantuan kemanusiaan antarabangsa di Jordan, Lubnan dan Palestin.
Ringkasan AI
- Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM) melancarkan misi kemanusiaan musim sejuk ke Syria dan Lubnan pada Ramadan untuk membantu pelarian yang masih menghadapi kekurangan keperluan asas.
- Misi ini merangkumi pengagihan pek makanan, barangan keperluan asas, penyediaan tangki air, serta pembekalan peralatan pembelajaran kepada pelarian.
- KHOM juga menyalurkan bantuan kepada warga Palestin yang menjadi pelarian di Lubnan, sambil menggalakkan sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk memastikan bantuan mencukupi untuk semua mangsa pelarian.