MALAYSIA
KHOM hantar 800 paket susu, bantuan ketiga menembusi Gaza
Sebuah lagi lori sarat dengan bantuan kemanusiaan termasuk 800 paket susu formula bayi dijadualkan menembusi Gaza melalui pintu masuk Jambatan Raja Hussein.
ZARQA: Sebuah lagi lori sarat dengan bantuan kemanusiaan termasuk 800 paket susu formula bayi dijadualkan menembusi Gaza melalui pintu masuk Jambatan Raja Hussein.
Bantuan tersebut merupakan sebahagian daripada Operasi Degupan Jantung Gaza anjuran Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma (KHOM) Malaysia.
Menurut Pengarah Misi KHOM, Nik Marina Hussin, konvoi kali ini turut membawa 576 pek makanan, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang dihantar setakat ini melibatkan tiga buah lori.
"Dua hari lepas, kami ada menyerahkan dua lori yang membawa 1,000 lebih pek makanan dan 150 pek tepung.
"Dan hari ini, kami teruskan lagi penyerahan yang kedua iaitu sebanyak 576 kotak makanan dan kali ini ada susu paket," katanya.
Dalam pada itu, Nik Marina memaklumkan, pihaknya hanya mempunyai 800 pek susu formula bayi setakat ini, namun menjangkakan akan menerima tambahan kira-kira 200 pek lagi.
Penyerahan seterusnya dijadualkan pada Khamis (14 Ogos) yang merupakan penghantaran terakhir bagi misi Operation Heart for Gaza kali ini.
Beliau bercakap demikian ketika ditemui Astro AWANI di Pertubuhan Kebajikan Hashimiyeh Jordan (JHCO), di sini, pada Selasa.
Tambahnya lagi, walaupun ini merupakan penyerahan terakhir, namun, misi ini akan sentiasa diteruskan sehingga Operasi Degupan Jantung Gaza berakhir.