KUALA LUMPUR : Pada zaman serba moden dan canggih ini, gejala fitnah berleluasa dengan semakin pantas, ditambah lagi dengan adanya pelbagai platform media sosial dan internet di hujung jari.
Penyakit hati yang telahpun wujud sejak turunnya Nabi Adam atas muka bumi ini, kini nampaknya semakin menjadi-jadi.
Jika dahulu fitnah disebarkan secara ‘telinga ke telinga’ atau melalui lisan, mungkin mengambil masa yang agak lama untuk disebarkan, tetapi kini ia hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk tersebar ke seluruh dunia.
Fitnah tersebar melalui hujung jari sahaja dengan menggunakan telefon pintar atau skrin komputer yang membolehkan sesiapa sahaja mencipta sesuatu fitnah dan menyebarkannya kepada semua orang.
Hal ini bukan sahaja memburukkan maruah mangsa fitnah, malah lebih malang lagi ia mampu membawa kepada penyakit sosial yang buruk dengan berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat.
Pernahkah kita terfikir, apakah akibat yang akan menimpa mangsa fitnah tersebut, apabila kita tidak tahu hujung pangkal sesuatu cerita itu tetapi kerana hendak menjadi juara tukang viral fitnah, maka kita tidak mempedulikan larangan-larangan agama kita.
Allah SWT telah mengingatkan kita dengan firman-Nya dalam al-Quran surah Al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita maka bertabayyunlah (selidiklah untuk menentukan kebenarannya), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan .”
Oleh itu, jika kita terbaca sebarang posting yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, nasihatilah rakan kita yang berkongsi posting tersebut.
Namun jika tidak mampu menasihatinya, maka kita buangkan sahaja tanpa perlu memberi sebarang respons. Samalah dengan mesej berantai ‘copy paste dari group sebelah’ yang kita selalu terima di group WhatsApp, ini semua perlu diabaikan dan buang sahaja untuk mengelakkan kita sama-sama berkongsi maksiat dan dosa tersebut.
Hadis yang diriwayatkan oleh Hafs bin ‘Asim, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila dia menceritakan semua yang didengarnya tanpa bertabayyun (menyelidiknya).” (Riwayat Muslim)
Tidak terfikirkah kita tentang nasib individu yang menjadi mangsa fitnah, bagaimana agaknya dia ingin berdepan dengan masyarakat dan negaranya bahkan seluruh masyarakat dunia mengecam dan menghina maruah dirinya.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam yang telah berikrar dan bersaksi menyatakan patuh kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW melalui ucapan dua kalimah syahadah, tidak sepatutnya terlibat sama dalam menyebarkan fitnah tersebut
Ingatlah, amaran yang keras daripada Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah Al-Nur ayat 19: “Sesungguhnya orang-orang yang suka hebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”
Cubalah kita letakkan diri kita di tempat mangsa fitnah tersebut, apakah perasaan kita jika kita difitnah dengan sesuka hati sehingga menjejaskan maruah kita.
Ingatlah amaran Nabi SAW melalui hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahu’anhu bahawa Baginda SAW bersabda: “Zaman akan semakin dekat, dicabutnya ilmu, akan timbul fitnahfitnah, dimasukkan ke dalam hati sifat kikir dan akan banyak al-harj. Mereka (para sahabat) bertanya: “Apakah al-harj, wahai Rasulullah?.” Baginda menjawab : “Al-harj itu Pembunuhan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Justeru, sebagai umat Islam jauhilah kerja-kerja penyebaran fitnah ini.
Janganlah kita merasa seronok menularkan berita-berita yang kita tidak tahu kesahihannya hanya semata-mata untuk menjadi juara di laman sosial.
Akibatnya sangatlah berat, antaranya:
1. Hilangnya kepercayaan dan tergolong sebagai orang-orang yang fasik.
Allah berfirman dalam Al-Quran surah An-Nur ayat 4: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selamalamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.”
2. Hilangnya ganjaran syurga bagi penyebar fitnah. Di akhirat kelak orang-orang yang membuat dan menyebar fitnah tidak akan mendapat balasan Syurga Allah SWT.
Hadis daripada Huzaifah Radiallahu’anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak masuk Syurga orang yang suka menyebar fitnah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
3. Menempah Neraka Jahanam. Pembuat fitnah akan menjadi penghuni Neraka Jahanam, manakala orang yang menyebar dan mempercayai fitnah tersebut akan juga menerima dosa dan balasan yang sama.
Oleh kerana betapa buruknya kesan terhadap kehidupan umat Islam akibat daripada penyebaran fitnah, maka marilah sama-sama kita berusaha menjadi antara orang-orang yang sentiasa menyebar kedamaian dan saling memperkukuhkan persaudaraan. Jadilah sebagai seorang mukmin yang sejati.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujarat ayat 10: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita hayati perkara berikut:
1. Umat Islam perlu sedar bahawa melakukan dan menyebarkan fitnah adalah berdosa besar dan menjerumuskan diri kelembah kehinaan.
2. Umat Islam perlu tahu bahawa diam itu lebih baik, bercakap apa yang perlu dan sebarkan perkara yang bermanfaat sahaja.
3. Umat Islam hendaklah sentiasa menjaga lisan dengan baik dan bijak supaya dilindungi dan diredai Allah SWT di dunia dan akhirat.
4. Umat Islam perlu sedar bahawa meskipun pintu taubat itu terbentang luas, ia ada tarikh akhirnya. Maka segerakanlah bertaubat kepada Allah SWT.
“Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).” (Surah al-Buruj : 10).
Astro Awani
Fri Sep 24 2021

Jika kita terbaca sebarang posting yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, nasihatilah rakan kita yang berkongsi posting tersebut. - Gambar hiasan

Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan
Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan

Sultan Johor titah cadangkan tanah Orang Asli dijadikan Tanah Kesultanan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah mencadangkan tanah-tanah Orang Asli di negeri ini dijadikan Tanah Kesultanan.

12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi
Kerja-kerja menambah 12 lorong tambahan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai dan telah mula beroperasi sejak 11 Mac lepas.

Restoran jijik diarah tutup, dapur kotor ada najis tikus
Semua premis makanan itu terletak di Jalan Sri Bintang, Taman Salak Selatan, Jalan Leboh Ampang, Jalan Kancil, Jalan Waras 1, Jalan Sarjana dan Bangsar Village.

Motosikal terbabas, remaja maut digilis bas di LPT2
Seorang remaja maut selepas digilis sebuah bas dalam nahas membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di kilometer 337.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada Sabtu.

Pentingkan keselamatan makanan di bulan Ramadan
Dalam usaha memastikan kebersihan makanan yang disediakan di Bazar Ramadan, KKM sentiasa menjalankan penguatkuasaan, pemantauan dan pemeriksaan sebelum, semasa dan selepas Ramadan.

Kempen 'Perhati dan Pilih' untuk pengunjung Bazar Ramadan
'Sama-sama Perhati dan Pilih di Bazar Ramadan" merupakan slogan KKM bagi memastikan pengunjung Bazar Ramadan menitik beratkan aspek keselamatan dan kebersihan pengendali makanan yang menjual juadah berbuka puasa.

Berang ditegur baca doa buka puasa laju, anak pukul bapa
Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh
Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.

Amalan 'Little Napoleon' tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan - Cuepacs
'Little Napoleon' merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa.

Data kekal selamat, jamin lindungi pengguna - CEO TikTok
Malah, Shou Zi Chew turut menafikan dakwaan bahawa aplikasi TikTok berisiko kepada keselamatan negara.

Tiket tren ETS tambahan sempena raya & Hari Pekerja boleh dibeli mulai hari ini
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Pekerja, tahun ini.

Ketua PBB desak hapus semua bentuk diskriminasi kaum
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan menangani isu perkauman dan menghapuskan segala bentuk diskriminasi kaum.

OIC, Indonesia kecam kenyataan Menteri Israel terhadap rakyat Palestin
Sekretariat Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) membantah dan mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich yang menafikan kewujudan Palestin, sejarah dan hak mereka.

'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.

Pempengaruh media sosial rugi lebih RM16,000 kerana iklan tawaran kerja
Terpedaya iklan kerja sebagai 'Live Host' yang menjanjikan komisen RM1,000 sekiranya melaksanakan kerja itu.

Berita tular PM beri cuti umum Rabu ini adalah palsu - JPM
JPM menafikan satu tangkap layar berita tular di media sosial memetik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum pada Rabu ini susulan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Oscar.

Bicara kes saman fitnah Azam Baki terhadap Lalitha bermula 9 Julai 2024
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan perbicaraan kes saman fitnah difailkan Tan Sri Azam Baki terhadap K. Lalitha berlangsung selama empat hari bermula 9 Julai tahun depan.

Rakyat Malaysia gembira Michelle Yeoh lakar sejarah Oscar
Mesej ucapan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh membanjiri media sosial hari ini selepas pelakon kelahiran Malaysia itu memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik.