Astro Publication
Thu Aug 27 2015
Kia Optima generasi keempat akan dilancarkan di Eropah terlebih dahulu ketika pameran kereta Frankfurt 15 September hadapan. Ia akan mula dijual bermula suku ke-empat 2015 dengan membawa rekaan luar dan dalam lebih berani, ciri-ciri moden dan pilihan sistem pacuan lebih cekap.
Luaran
Seperti sebelumnya, Peter Schreyer – sekarang presiden dan ketua pegawai pereka Kia Motors – masih lagi mengemudi pasukan rekaan yang mengekalkan imej sporty untuk sedan popular ini. Dari segi ukuran, terdapat pertambahan bagi wheelbase (+10mm ke 2,805mm) dan panjang keseluruhan (+10mm ke 4,855mm).
Optima serba baharu ini juga 25mm lebih lebar (ke 1,860mm) dan 10mm lebih tinggi (sekarang 1,465mm). Dengan itu, ruang kabin sedan segmen D ini juga semakin besar untuk keselesaan tambahan penumpang.
Kereta ini juga sekarang semakin aerodinamik setelah daya seret (drag) dikurangkan daripada 0.3 kepada 0.29Cd. Saiz tayar adalah antara 16 inci sehingga 18 inci.
Kabin
Papan pemuka, bahkan keseluruhan kabin dikatakan menggunakan bahan-bahan lebih berkualiti. Selain itu, bahagian tengah papan pemuka yang mengandungi skrin sentuh 8 inci juga disengetkan 8.5 darjah ke arah pemandu.
Kia mendakwa bahawa penumpang mendapat 25mm ruang kaki tambahan dan juga sehingga 15mm tambahan bagi jarak ke bumbung.
Ruang kargo di belakang bertambah kepada 510 liter (berbanding 505 liter sebelum ini).
Paling istimewa pada pandangan kami adalah pemanas kerusi bukan sahaja untuk penumpang hadapan, tetapi juga untuk yang di belakang. Susah pasti ia tidak relevan kepada pengguna di Malaysia tetapi harapnya pemanas itu boleh ditukar menjadi penyaman udara.
Keselamatan
Penggunaan ultra-high tensile steel (UHTS) yang cermat membolehkan badan kereta ini menjadi 50% lebih kuat daripada kereta sebelumnya, tetapi 8.6kg lebih ringan.
Peralatan keselamatan termasuk tujuh beg udara, pengurusan stabiliti kenderaan (VSM) dan kawalan stabiliti elektronik (ESC).
Cruise control aktif, brek kecemasan autonomous, Lane Keeping Assist, Blind Spot Information, High Beam Assist dan Rear Cross Traffic Alert juga antara ciri-ciri keselamatan tambahan yang boleh dipilih untuk dipasang pada Optima baharu ini.
Sistem pacuan
Memandangkan ia akan dilancarkan terlebih dahulu di benua Eropah, Kia turut menjadikan sebuah enjin diesel sebagai pilihan: iaitu 1.7-liter CRDi yang turut digunakan dalam Optima generasi ketiga dan di tambah baik. Enjin ini sekarang menghasilkan 139hp (dahulu 134hp) dan tork sebanyak 340Nm (dahulu 325Nm). Sekarang, tindak balas juga lebih pantas; lebih banyak tork diberi pada RPM rendah, ia lebih cekap dan juga lebih senyap.
Enjin CRDi ini boleh dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan ataupun klac berkembar DCT tujuh kelajuan. Transmisi DCT itu dihasilkan sendiri oleh Hyundai-Kia.
Untuk varian petrol, enjin 2.0-liter CVVL terdahulu digunakan kembali dan menjana 161hp. Kuasa ini kemudian disalurkan ke pilihan kotak gear manual enam kelajuan ataupun automatik.
Kia sedang membangunkan beberapa lagi pilihan enjin buat masa ini, di mana kita juga akan dapat melihat sebuah pemacu hibrid elektrik ‘plug-in’, selain sedan berprestasi tinggi pertama Kia Motors Europe.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.