DREBAR
Kia Sportage 2WD diperkenalkan. Harga – RM118,888
Naza Kia Malaysia mengumumkan bahawa SUV Sportage mereka akan turut dijual dengan varian pacuan dua roda, tambahan kepada versi 4WD yang dilancarkan terlebih dahulu.
“Sportage 2WD berkebolehan dengan memberikan gaya dan prestasi yang sesuai dengan gaya hidup moden masa kini yang sibuk. Kereta ini juga telah dirangka dan dibina untuk memperolehi prestasi yang lebih efisyen, dan amat sesuai khususnya bagi keluarga yang mengamalkan gaya hidup yang aktif,” kata En Roshdy Hassan, Pemangku Ketua, Naza Kia Malaysia.
Beliau turut berkata bahawa keseluruhan variasi Sportage dijangka mencapai 10% jumlah keseluruhan sasaran jualan bagi tahun ini.
Selain daripada keluasan kabin yang sesuai untuk kehendak keselesaan keluarga kecil, Kia Sportage ini juga dilengkapi system audio jenama Infiniti dengan tujuh pembesar suara termasuk subwoofer, stering boleh laras, paparan kamera belakang dan sistem audio Radio/ CD/ MP3 yang boleh dikendalikan menerusi butang kawalan pada stering.
Enjin berteknologi maju Sportage 2WD multi-point injection (MPI) 2.0-liter Nu mampu menghasilkan kuasa sehingga 152hp dan kuasa tujahan 191Nm melalui transmisi automatik enam kelajuan.

Sportage pacuan dua roda (2WD)turut dilengkapi enam beg udara hadapan, tepi dan sisi. Selain itu, SUV ini juga didatangkan dengan ciri keselamatan Program Kestabilan Elektronik (ESP) yang merangkumi Sistem Brek Anti-Kekunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), Sistem Bantuan Kawalan Awal Pendakian (HAC), dan sistem Kawalan Brek Menuruni Bukit (DBC).
Model SUV Sportage 2WD ini menawarkan tiga warna iaitu Clear White, Bright Silver dan Mineral Silver pada harga RM118, 888 (di atas jalan). (Harga Kia Sportage 4WD bermula dari RM137,800)
You know it’s time when safety meets efficiency. It’s time for 2WD. Download all you need to know about the new #Sportage2WD at http://www.nazakia.com.my/models/sportage-2wd
Posted by KIA MALAYSIA on Tuesday, 1 September 2015