MALAYSIA
Kibar bendera Israel: Penganjur mohon maaf, sedia bekerjasama untuk disiasat
Menurut Mohd Khairul Hafiz (gambar kecil) apa yang terjadi hanya satu simulasi dan tidak mempunyai niat lain serta menyinggung mana-mana pihak. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia yang menganjurkan Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu memohon maaf di atas tindakan mengibarkan bendera Israel semasa melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF).
Pengarah Program, Mohd Khairul Hafiz Hassan berkata, beliau turut bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk siasatan.
"Saya memohon maaf sekiranya ada mana-mana pihak yang salah faham berhubung gimik persembahan pada hari kejadian.
"Saya juga bertanggungjawab di atas penganjuran ini," katanya dalam satu hantaran video berdurasi 3.22 minit yang dimuat naik di TikTok pada malam Ahad.
Hantaran tersebut ditonton oleh lebih 123,000 pelayar dan mendapat respon hampir 600 komen.
Sebelum itu Sinar Harian pada Ahad melaporkan tindakan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia mengibarkan bendera Israel semasa Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu hanya gimik semasa melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan GSF.
Program anjuran bersama Komuniti Floating Market Sri Tanjung itu mendapat kecaman serta pelbagai pandangan orang ramai di media sosial apabila menampilkan sebuah bot yang mengibarkan panji rejim zionis iu.
Menurut Mohd Khairul Hafiz itu hanyalah simulasi dan tidak mempunyai niat lain serta menyinggung mana-mana pihak.
Katanya, jangan hanya menilai dengan melihat keratan video yang dikongsi di media sosial dan kebanyakan yang memberi komen negatif adalah mereka tidak hadir ke lokasi pada hari berlangsungnya program.
Mereka yang hadir tahu apa sebenarnya berlaku. Bendera Israel dikibarkan adalah untuk melakonkan suasana yang berlaku kepada sukarelawan semasa misi menghantar bantuan kepada rakyat Palestin. - Sinar Harian
Dapatkan berita terkini di sini

#Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia
#Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza
#Gaza
#bendera Israel