awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kibar bendera Israel: Polis serah kertas siasatan, pendakwaan dalam masa terdekat

Bernama
Bernama
14/10/2025
14:43 MYT
Kibar bendera Israel: Polis serah kertas siasatan, pendakwaan dalam masa terdekat
Mohd Yusoff berkata, penganjur program terbabit juga telah dipanggil semalam untuk siasatan lanjut dan dijangka didakwa di mahkamah dalam masa terdekat. - Bernama
KOTA BHARU: Polis sudah menyerahkan kertas siasatan berkaitan isu pengibaran bendera Israel ketika program "500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza" yang berlangsung di Lembah Sireh, di sini, Jumaat lepas, kepada pendakwa raya negeri hari ini untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata penganjur program terbabit juga telah dipanggil semalam untuk siasatan lanjut dan dijangka didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.
"Kes ini disiasat mengikut tiga peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 3 Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada Jumaat lepas, kejadian itu berlaku apabila sebuah bot yang memasang beberapa bendera Israel melakukan lakonan semula insiden penahanan bot yang menimpa sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) ketika dalam pelayaran menuju ke Gaza.
Program anjuran Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia itu disertai hampir 10,000 peserta yang menaiki bot masing-masing dan berarak dari Kampung Pulau Pisang hingga ke Lembah Sireh, meliputi jarak sejauh lapan kilometer, sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#polis
#kertas siasatan
#kibar bendera Israel
#Lembah Sireh
#pendakwa raya
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami