MELAKA: Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan sememangnya cukup sinonim dengan kibaran Jalur Gemilang baik di bangunan kerajaan, sekolah, gedung membeli belah mahupun sepanjang jalan raya.
Malah ada juga rakyat yang begitu patriotik sehingga sanggup mengeluarkan belanja besar untuk menghias rumah kediaman dengan bendera keramat ini.
Namun di sebalik kemeriahan itu, mungkin ramai yang terlepas pandang, tugas memasang Jalur Gemilang bukanlah semudah yang disangka apatah lagi apabila melibatkan kawasan tumpuan orang ramai.
Tugas itu hakikatnya perlu dipikul oleh mereka yang benar-benar berpengalaman bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini daripada berlaku.
RISIKO JATUH, ANGIN KUAT
Menurut Penyelia Unit Pembersihan dan Pemantauan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Ahmad Syahir Salim, memasang lebih 1,000 Jalur Gemilang di sepanjang Sungai Melaka mempunyai cabaran yang tersendiri.
Anak jati Melaka berusia 37 tahun itu berkata, pemasangan bendera di muara Sungai Melaka sehingga kini masih menjadi lokasi paling mencabar walaupun sudah enam tahun beliau bertugas sebagai penyelia dan terlibat dengan tugas berkenaan.
Berbeza dengan memasang bendera di darat, pihaknya terpaksa berdepan angin kencang yang adakalanya membawa hujan lebat di muara sungai, sekali gus mendedahkan petugas kepada risiko jatuh ke dalam sungai.
"Memang orang nampak senang nak pasang bendera pada tiang lampu tetapi bagi kami, pelbagai risiko terpaksa dihadapi.
"Selain risiko terjatuh ke dalam sungai, kami juga perlu memasang bendera di kawasan pelantar sempit yang dilalui orang ramai sebab Sungai Melaka merupakan kawasan utama pelancongan, di deretan kedai makan yang penuh dengan meja, kerusi atau kedudukan tiang lampu yang sangat hampir dengan tebing sungai," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Kerja-kerja pemasangan Jalur Gemilang bagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun 2022 di kawasan berkenaan bermula pada 28 Julai lepas.
Tidak sekadar 'pasang dan siap', tugas itu sebenarnya secara tidak langsung turut mengajar erti kepayahan melalui kerja-kerja memacak dan menaikkan bendera, sekali gus memupuk semangat cintakan negara.
Memandangkan Melaka merupakan pusat tumpuan pelancong, tugas memasang Jalur Gemilang juga tidak terhad setakat itu sahaja sebaliknya petugas terlibat perlu menjadi jurucakap tidak rasmi berhubung sambutan Hari Kebangsaan apabila ditanya oleh pelancong asing.
"Kita pasang bendera dari Jeti Taman Rempah hingga ke muara Sungai Melaka iaitu sejauh kira-kira 45 minit perjalanan menggunakan perkhidmatan Melaka River Cruise (MRC) dan sepanjang hentian di 14 jeti, kami akan sering disapa oleh pelancong asing yang bertanyakan mengenai tujuan pemasangan Jalur Gemilang.
"Jadi kira-kira 10 orang petugas di Sungai Melaka ini perlu tahu sejarah kemerdekaan negara dan tonjolkan semangat patriotik ketika proses pemasangan," katanya.
HAYATI KEMERDEKAAN
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Datuk Murad Murad Husin berkata lebih 1,000 Jalur Gemilang akan dikibarkan di sepanjang 4.5 kilometer persisiran Sungai Melaka Fasa 1.
"Bagi kami, petugas yang memasang bendera ini adalah tunjang dalam memastikan elemen kemerdekaan itu sampai kepada semua generasi, bangsa dan agama yang datang menyusuri Sungai Melaka ini.
"Kita mahu ingatkan masyarakat Malaysia terutama generasi muda yang kibaran bendera itu bukan sekadar penghias tiang lampu tetapi pencetus semangat untuk lebih cintakan negara," katanya.
Beliau menambah, pesisir Sungai Melaka Fasa 1 bukan sahaja dimeriahkan dengan kibaran Jalur Gemilang malah MRC juga menawarkan pelbagai pakej menarik termasuk diskaun bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan kali ini.
"Ini kita lakukan kerana Sungai Melaka menyimpan seribu satu sejarah yang membawa kepada kita hari ini, termasuklah kemerdekaan dan kita mahu semua rakyat Malaysia khususnya penduduk Melaka sendiri menghayati erti kemerdekaan ketika menyusuri sungai ini," katanya.
Menurut beliau lagi, walaupun banyak perubahan yang berlaku di Sungai Melaka namun ia masih menjadi tempat terbaik buat generasi yang lahir di era 40-an dan 50-an untuk mengimbau sejarah silam terutama ketika negara diisyhtiharkan merdeka.
BENDERA BUAT SENDIRI
Antara yang teruja menyaksikan kerja-kerja pemasangan Jalur Gemilang itu ialah Joyche Yang, 43, seorang guru tuisyen sambilan yang berasal dari Kedah.
Setiap kali itu jugalan beliau mengimbau kenangan sewaktu di zaman persekolahan semasa beliau sering kali ditugaskan untuk mengetuai rakan-rakan sekolahnya bagi aktiviti menghasilkan dan memasang bendera di kawasan sekolah.
Keadaan ini berterusan sehingga beliau memasuki alam pekerjaan.
Yang juga masih ingat insiden beberapa kali beliau terjatuh dari tangga dan pokok mangga yang terdapat di sekolah dan kawasan rumahnya kerana teruja hendak memasang bendera.
"Walaupun luka tidak berparut, setiap kali melihat bendera yang tergantung tinggi di atas pokok, saya akan teringat kejadian itu... dan gara-gara jatuh pokok itu juga, saya lebih menghargai sambutan Hari Kebangsaan," katanya.
Yang juga berpendapat, ada bezanya jika bendera diperoleh secara percuma berbanding dengan yang dibuat sendiri atau bersama rakan-rakan.
"Memang bangga setiap kali melihat bendera yang dibuat sendiri sebab itu usaha kita menunjukkan rasa sayang pada negara dengan cara tersendiri tanpa mengira bangsa dan agama.
"Kita rasa lebih bersemangat hendak kibarkan dan saya masih teringat ketika sekolah dulu kami akan beramai-ramai nyanyi lagu berunsur patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022

Ada juga rakyat yang begitu patriotik sehingga sanggup mengeluarkan belanja besar untuk menghias rumah kediaman dengan bendera keramat ini. - Astro AWANI

Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Naikkan harga 30 produk, KPDN tunggu jawapan Gardenia
Menurut Fuziah, Gardenia diberi tempoh enam hari untuk menjelaskan justifikasi tindakan tersebut yang dijadual bermula 1 Oktober ini.

Lebih 100,000 dijangka meriahkan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023
Penganjuran karnival tersebut diadakan sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.

Bekas ADUN Paloh ditidurkan akibat komplikasi demam denggi
Nozula yang berusia 66 tahun ditidurkan sejak 3 petang semalam selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada beliau dan ahli keluarga yang lain.

Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.

Teater muzikal 'Segulai Sejalai' mempesona, terima tepukan gemuruh
Persembahan 20 minit itu mengisahkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan hingga kini.

Jalur Gemilang gergasi di puncak Menara KL
Jalur Gemilang gergasi berukuran 57 kaki lebar dan 114 kaki panjang pada antenanya dikibarkan pada ketinggian 383 meter dari aras tanah.

Teater muzikal 'Segulai Sejalai' meriahkan sambutan Hari Malaysia
Persembahan teater muzikal 'Segulai Sejalai' merupakan antara pengisian sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 September 2023.

Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.

Rakyat zahir semangat patriotisme, cintakan negara pada sambutan Hari Kebangsaan 2023
Memecah keheningan seawal 1 pagi, lautan manusia membanjiri setiap sudut di sekitar Dataran Putrajaya, lokasi utama sambutan kali ini.

12 tahun Tazar abadikan rasa cinta negara, hias kereta, laman dengan Jalur Gemilang
Tazar berkata, minatnya menghias kereta dengan lebih 100 bendera Malaysia sempena sambutan Hari Merdeka bermula sejak dia berusia 30-an.

Penampilan King Oyen tambah "mood" Hari Kebangsaan
Kemunculan istimewa seekor kucing yang yang dikenali sebagai "King Oyen" mencuri perhatian pada hari ketiga raptai Hari Kebangsaan 2023.

Signifikan TLDM diberi penghormatan naikkan bendera pada Hari Kebangsaan
Istiadat menaikkan Jalur Gemilang ketika acara sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun dalam negara dipertanggungjawabkan kepada TLDM.

Kanak-kanak Tabika Kemas hasilkan Jalur Gemilang guna kotak sarang telur
Seramai 25 orang murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Gua Musang berjaya menghasilkan replika Jalur Gemilang menggunakan kotak sarang telur terpakai.