awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kibar Jalur Gemilang sepanjang tahun, jangan tunggu hari tertentu - TPM Fadillah

Bernama
Bernama
03/08/2024
13:26 MYT
Kibar Jalur Gemilang sepanjang tahun, jangan tunggu hari tertentu - TPM Fadillah
Fadillah menyempurnakan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Sarawak 2024, hari ini. - Gambar Bernama
KUCHING: Rakyat Malaysia perlu berasa bangga untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang tahun tanpa mengira musim, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata semangat patriotik tidak seharusnya dizahirkan pada waktu tertentu semata-mata.
"Jika kita lihat negara luar khususnya di Amerika Syarikat, rakyat di negara ini tidak hanya menunggu Hari Kebangsaan untuk mengibarkan bendera di rumah mereka. Bendera sentiasa ada di setiap rumah.
"Jangan tunggu Hari Kebangsaan atau semasa Hari Malaysia (untuk kibarkan Jalur Gemilang), kibarkan saja (sepanjang tahun) untuk menunjukkan kita ialah rakyat Malaysia yang berbangga," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Sarawak di sini hari ini.
Fadillah turut menyeru agar Komuniti MADANI memainkan peranan untuk membawa semangat kibarkan Jalur Gemilang ke peringkat kampung, taman serta kawasan perumahan mereka.
Pada majlis sama, Fadillah turut menyertai majlis perlepasan Konvoi Kembara Jalur Gemilang (KMJG) yang melibatkan 94 unit kenderaan dengan 124 peserta.
Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sarawak Helmy Hamid sebelum ini dilaporkan berkata konvoi yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin itu akan ke Kampung Bratan sebagai destinasi pertama kembara tahun ini.
"Kemudian konvoi itu akan bergerak ke setiap daerah dan bahagian hingga ke Miri dan berhenti di Sibu yang menjadi lokasi utama sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2024 pada 31 Ogos ini. Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri pula bakal diadakan pada 16 Sept di Sri Aman," menurut Helmy.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Hari Malaysia
#Jalur Gemilang
#Komuniti Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan