MALAYSIA
Kilang aiskrim musnah dalam kebakaran di Jelapang
Seramai 37 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Meru Raya dan Pasir Puteh digerakkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran. - Gambar/ JBPM
IPOH: Sebuah kilang aiskrim di Jalan Kilang 2, Kawasan Perindustrian Jelapang di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.
Ringkasan AI
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 11.51 malam dan 37 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Meru Raya dan Pasir Puteh serta enam pegawai kanan digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati api sedang marak membakar bahagian stor penyimpanan bahan sejuk beku (aiskrim) dan perkakasan pembuatan dan pembungkusan hampir 75 peratus dan tiada mangsa yang mengalami kecederaan.
"Pemilik telah memaklumkan bahawa terdapat sebuah tangki diesel berkapasiti 3000 liter dan dua tangki ammonia jumlah kapasiti sebanyak 800 liter berada di dalam kawasan kilang yang sedang terbakar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua valve (injap) yang bersambung dengan compressor ditutup sepenuhnya serta api dipadamkan pada 4.19 pagi tadi dan kerja-kerja overhaul dengan melakukan pemugaran bagi memadamkan sisa bara kebakaran di bawah runtuhan masih dijalankan.
BOMBA-KEBAKARAN 2 (AKHIR) IPOH
"Kerja-kerja operasi pemadaman kebakaran turut melibatkan Pasukan Hazmat JBPM Perak kerana terdapat kebocoran sisa gas ammonia daripada peralatan penyejukbekuan yang terdapat di premis kilang itu.
"Situasi terkini terkawal serta saluran valve utama dari tangki simpanan ammonia yang berjumlah 800 liter berjaya ditutup dan pemantauan bahan berbahaya itu masih dilakukan," katanya.
Sabarozi turut memaklumkan pada 6 pagi tadi, bacaan kandungan ammonia di udara sebanyak 60 PPM dan pihak syarikat yang bertanggungjawab bagi bahan kimia itu juga telah dihubungi bagi memberikan bantuan sekiranya diperlukan.
"Pada 9.30 pagi bacaan kandungan ammonia yang telah dilakukan oleh Pasukan Hazmat mendapati bacaan turun ke 10 PPM. Bacaan akan dilakukan setiap sejam secara berkala," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sebuah kilang aiskrim di Kawasan Perindustrian Jelapang, Ipoh musnah 75 peratus dalam kebakaran malam tadi, melibatkan stor bahan sejuk beku dan peralatan pembungkusan. Tiada kecederaan dilaporkan.
- Terdapat tangki diesel dan ammonia di lokasi, dan semua injap telah ditutup sepenuhnya. Pasukan Hazmat JBPM Perak turut digerakkan bagi menangani kebocoran gas ammonia.
- Bacaan ammonia di udara menurun daripada 60 PPM kepada 10 PPM antara jam 6 pagi hingga 9.30 pagi. Pemantauan berkala diteruskan bagi memastikan keselamatan.