Kilang kimia dikompaun RM10,000 gagal urus sisa buangan

Bernama
September 21, 2021 02:43 MYT
Kilang tersebut turut disiasat berhubung pelepasan air berwarna merah ke longkang awam yang ditemui semasa pemeriksaan JAS hujung minggu lalu. - Facebook Jabatan Alam Sekitar
SHAH ALAM: Sebuah kilang kimia di Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, Klang dekat sini dikompaun RM10,000 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor semalam ekoran kegagalan mematuhi beberapa peraturan berkaitan pengurusan buangan terjadual.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi, JAS memaklumkan kilang tersebut turut disiasat berhubung pelepasan air berwarna merah ke longkang awam yang ditemui semasa pemeriksaan JAS pada cuti hujung minggu.
"Sampel air buangan daripada proses kilang telah diambil untuk analisis kimia dan membolehkan tindakan penguatkuasaan lanjut diambil," katanya.
Sumber Facebook doe.gov.my
-- BERNAMA
#kilang kimia #longkang awam #pelepasan air berwarna merah #Kawasan Perindustrian Sungai Puloh Klang