MALAYSIA
Kilang kitar semula terbakar di Semenyih
Kerja-kerja pemadaman masih giat dijalankan ketika ini dan pihak berkuasa dan pegawai kanan operasi telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut. - Foto JBPM
SEMENYIH: Sebuah kilang kitar semula di Jalan Bangi Batu 1, Semenyih Teknologi Park dilaporkan terbakar awal pagi tadi, dengan anggaran kemusnahan mencecah 70 peratus.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.33 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih tiba di lokasi kejadian kira-kira 12 minit kemudian.
Operasi pemadaman dijalankan oleh seramai 37 anggota dari lima balai, melibatkan BBP Semenyih, Bangi, Kajang, Pandan Indah dan Mantin.
Turut digerakkan ke lokasi ialah lima jentera FRT, tiga tangki air (WT) dan satu unit EMRS.
Komander Operasi, PBK II Mohd Hafizul Bin Kasad, melaporkan kebakaran melibatkan struktur bangunan kilang bersaiz 100x100 kaki persegi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat setakat ini.
Kerja-kerja pemadaman masih giat dijalankan ketika ini dan pihak berkuasa dan pegawai kanan operasi telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.