KULIM: Sebuah kilang pengeluar sarung tangan terbesar yang terletak di Jalan Padang Padang Meha di sini, hampir musnah dalam kebakaran malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 10.27 malam.
Menurutnya, pegawai bersama anggota dan jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech dan BBP Kulim dihantar ke lokasi kebakaran.
“Seramai 38 anggota bersama pegawai dengan dua jentera FRT, sebuah jentera Hazmat, sebuah lori tangki air dan sebuah kenderaan EMRS daripada BBP Kulim dan BBP Kulim Hi-Tech dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi, api sedang marak membakar seluruh kawasan kilang.
“Tindakan pantas pemadaman dilakukan dengan penyemburan empat aliran pancutan air dari dua jentera bagi mengekang api daripada merebak ke kawasan kilang bersebelahan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Wan Mohd Hamizi berkata, kerja pemadaman turut dibantu pasukan bomba sukarela dari Tasek Gelugor dan sekitarnya.
Katanya, api berjaya dikawal pada jam 11.30 malam namun kerja ‘overhaul’ masih dilakukan bagi memastikan tiada tompokan dan bara api yang boleh mengakibatkan kebakaran semula.
Beliau berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
“Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” tambahnya.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Apr 01 2024
Tindakan pantas pemadaman dilakukan dengan penyemburan empat aliran pancutan air dari dua jentera bagi mengekang api daripada merebak ke kawasan kilang bersebelahan. - Foto JBPM Kedah
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Kilang pengeluar sarung tangan terbesar musnah dalam kebakaran
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berlaku kebakaran besar pada jam 10.27 malam.
Wanita hamil 5 bulan dicekup khalwat
Menurut PADK, wanita itu bekerja di Kulim manakala suaminya bekerja di Ipoh dan mereka dipercayai baru tujuh bulan berkahwin.
Janda anak lima dicekup berkhalwat dengan duda anak satu
Selepas mengetuk pintu pada jam 1.15 pagi, lelaki itu membuka pintu bilik berkenaan dan membenarkan pihaknya menjalankan pemeriksaan.
Hampir 2 minggu hilang, rangka lelaki ditemui bersama motosikal dalam semak
Rangka seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 30 November lalu ditemukan bersama sebuah motosikal di dalam semak di tepi jalan di Bukit Aping, di sini pada Rabu.
Pelaburan Infineon bernilai RM25 bilion di Kedah bukti keyakinan pelabur terhadap Malaysia
Infineon mengumumkan perancangan meningkatkan kemudahannya di Kulim untuk membina loji fabrikasi kuasa SiC 200mm terbesar di dunia.
Dua lemas dalam kejadian berasingan di Kulim
Seorang remaja lelaki lemas ketika menyelamatkan rakannya yang tergelincir di Lata Arus Deras, Lubuk Buluh, Sungai Sedim, pada Isnin.
Dua sahabat maut kereta bertembung lori
Dua sahabat maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kulim-Mahang berhampiran Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Karangan, Kulim hari ini.
Penganggur dituduh bunuh warga emas
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas di Kulim, pada 5 Oktober lalu.
Banjir Kedah: Empat PPS ditutup, satu masih aktif di Kulim
Seramai 76 mangsa daripada 16 keluarga kini masih berada di PPS Masjid Sungai Seluang.