awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang perabot musnah terbakar di Bukit Rambai

Bernama
Bernama
01/07/2025
04:20 MYT
Kilang perabot musnah terbakar di Bukit Rambai
Ketika kejadian, tiada mangsa dilaporkan berada dalam kilang berkenaan dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku. - Foto JBPM Melaka
MELAKA: Sebuah kilang perabot musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai di sini malam tadi.
Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fazzil Yusof berkata pihaknya mengambil masa lebih lapan jam untuk memadam kebakaran di kilang berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.44 malam tadi.
"Sebaik sampai di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian, didapati gudang perabot jenis kekal berkeluasan 200x300 kaki persegi telah terbakar 80 peratus.
"Ketika kejadian, tiada mangsa dilaporkan berada dalam kilang berkenaan dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata operasi memadam kebakaran itu melibatkan empat jentera membabitkan 22 anggota dari Balai Bomba Tangga Batu, Melaka Tengah, dan Cheng.
Api berjaya dikawal daripada merebak ke premis berhampiran pada 1.12 pagi sebelum operasi tamat sepenuhnya pada 6.08 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#kilang perabot
#Mohd Fazzil Yusof
#Kawasan Perindustrian Bukit Rambai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan