Skip to main content

Malaysia

Kilang proses getah terbakar di Sengkang, dua sekolah ditutup

Kilang Proses Getah Terbakar Di Sengkang, Dua Sekolah Ditutup -- BERNAMA
Sebuah kilang memproses getah di Sengkang dekat Kulai, terbakar semalam. - Gambar/ Bernama

JOHOR BAHRU: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sengkang dan SJKC Kulai Besar ditutup hari ini susulan kebakaran sebuah kilang memproses getah di Sengkang dekat Kulai.

Timbalan Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata dua sekolah tersebut ditutup sementara sebagai langkah keselamatan bagi melindungi pelajar dan warga sekolah.

Advertisement

"Kerja-kerja pemadaman kebakaran (setakat ini) masih giat diteruskan oleh pihak bomba," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Teo turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan orang awam.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Penguasa Kanan Bomba I Muhammad Tarmizi Md Jaafar dilaporkan berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.37 petang semalam.

 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video