Kilang tilam terbakar di Seremban

Bernama
Mei 28, 2022 15:57 MYT
Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira 6.45 petang tadi. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Sebuah kilang tilam musnah dalam kebakaran di Jalan Jelebu di sini petang tadi.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan PKPgB Mohd Hidayat Basly berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira 6.45 petang tadi.
"Kebakaran melibatkan kilang berkeluasan 200x100 kaki persegi dan status sama ada terdapat mangsa terlibat atau tidak masih belum diketahui setakat ini.
"Ketika ini kerja pemadaman kebakaran sedang dijalankan dengan bantuan balai bomba dan penyelamat (BBP) termasuk BBP Ampangan, Senawang dan Seremban 2 selain Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat)," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
-- BERNAMA
#kilang tilam #kebakaran #Jalan Jelebu #Seremban