awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

King Sing perjelas isu KLIA di Mesyuarat Kabinet Rabu ini - Ahmad Zahid

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
03/07/2023
06:32 MYT
King Sing perjelas isu KLIA di Mesyuarat Kabinet Rabu ini - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid (kiri) ditemui semasa sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Projek-Projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia (WBM) di sini pada Isnin. - Foto BERNAMA
KUCHING: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing akan menjelaskan lebih terperinci berhubung isu kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu pada Mesyuarat Kabinet Rabu ini. 
 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah bersemuka secara peribadi dengan Ahli Parlimen Bintulu tersebut selain perbincangan bersama beberapa pihak berkuasa terlibat juga sedang dilakukan. 
 Tegasnya, isu tersebut seharusnya dapat diselesaikan dengan cara yang baik melalui sistem pentadbiran yang sedia ada. 

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan beliau sendiri mengenai perkara itu, saya akan melakukan beberapa perbincangan juga dengan Menteri Dalam Negeri di mana Jabatan Imigresen di bawah beliau. 
 “Permasalahan yang begini saya fikir boleh diselesaikan dengan cara yang baik melalui sistem pentadbiran yang ada dan Rabu nanti kita akan bawa perkara ini ke Kabinet, sudah pasti beliau akan menjelaskan dalam Mesyuarat Kabinet nanti,” katanya. 
 Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Projek-Projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia (WBM) di sini pada Isnin. 
 Terdahulu, beliau yang juga merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) di pejabat Premier WBM Kuching. 
 Pada Ahad, pihak polis memaklumkan sedang menjalankan siasatan mengikut Kertas Enkuiri Polis (KEP) berkaitan kekecohan di KLIA terbabit.
King Sing sebelum ini membuat kenyataan mendakwa kehadirannya ke KLIA telah membongkar budaya rasuah dalam kalangan pegawai di pintu masuk negara melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). 
 JIM pada Sabtu memaklumkan siasatan telah dibuat serta-merta selepas insiden tersebut dilaporkan. 
 Sementara Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab terhadap JIM pula menunggu laporan penuh insiden kejecohan terbabit sebelum memutuskan langkah selanjutnya.
Topic Berkaitan
#kecoh KLIA
#Tiong King Sing
#Zahid Hamidi
#mesyuarat Kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan