Kini, bekerja secara 'remote', norma baharu warga Astro AWANI

Madiha Abdullah
Januari 25, 2021 10:13 MYT
Wartawan Astro AWANI, Hasimi Mohamad dan Firdaus Azil sedang menyiapkan tugasan di WTC. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 yang melanda sejak tahun lalu memaksa banyak perubahan dilakukan untuk meneruskan kehidupan dan tugasan seharian.
Bekerja dalam norma baharu antara yang perlu diadaptasi dengan sepantas mungkin bagi membolehkan produktiviti di tempat kerja dapat diteruskan seperti biasa.
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu, warga kerja Astro AWANI dibahagikan kepada tiga kumpulan di tiga lokasi berbeza, iaitu di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Bukit Kewangan dan satu kumpulan lagi bekerja dari rumah.
BACA: Inilah Norma Baharu! Cara penyampai, wartawan Astro AWANI WFH
Ini adalah demi memastikan risiko jangkitan dapat dikurangkan, di samping menjadi rancangan kontigensi sekiranya timbul perkara yang tidak diingini.
Bagi Essan Yahya, penerbit dan penyampai Astro AWANI yang bertugas dari WTC, cabaran utama adalah memastikan perjalanan kerja yang lancar biarpun dengan jumlah pasukan yang agak terhad.
"Kami di sini seramai kira-kira 25 orang, satu jumlah yang kecil untuk sebuah bilik berita tetapi kami cuba laksanakan tugas dengan sebaik mungkin," katanya.
Pasukan Astro AWANI di WTC terdiri daripada penyampai, wartawan, editor dan penerbit, jurukamera, kakitangan teknikal serta kakitangan sokongan seperti penata rias dan jurumekap.
Nak tahu cerita mereka? Saksikan video di bawah.
Bekerja secara 'remote', norma baharu warga Astro AWANI
#norma baharu #Astro Awani #COVID-19 #pandemik #perintah kawalan pergerakan #PKP