awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kini masa untuk bangunkan negara, negeri

Bernama
Bernama
13/08/2023
22:00 MYT
Kini masa untuk bangunkan negara, negeri
Menurut penganalisis, Kerajaan Perpaduan harus bekerja keras memperhebatkan usaha dasar Ekonomi MADANI supaya rakyat terutama masyarakat Melayu di luar bandar merasai kesan pembangunan ekonomi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu, kini masanya untuk semua pihak melupakan persengketaan politik dan mula bekerja membangunkan negara dan negeri demi kesejahteraan rakyat.
Keputusan PRN menyaksikan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dimenangi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), yang membentuk kerjasama sebagai Kerajaan Perpaduan, manakala Kelantan, Kedah dan Terengganu di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Ahmad Martadha Mohamed berkata bagi Kerajaan Perpaduan, mereka perlu segera bekerja merealisasikan pemerkasaan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat menerusi dasar Ekonomi MADANI.
"Prestasi ekonomi negara antara sentimen dimainkan parti politik semasa PRN ini sehingga ada rakyat yang percaya perkara ini tidak berjaya diselesaikan Kerajaan Perpaduan selepas mengambil alih tampuk kepimpinan negara.
"Sebab itu Kerajaan Perpaduan harus bekerja keras memperhebatkan usaha dasar Ekonomi MADANI supaya rakyat terutama masyarakat Melayu di luar bandar merasai kesan pembangunan ekonomi," katanya kepada Bernama.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM itu berkata melalui dasar Ekonomi MADANI, kerajaan dijangka berupaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan pemerkasaan gaji yang lebih baik sekali gus membantu rakyat meningkatkan kualiti hidup mereka.
Menurutnya jika pembaharuan struktur ekonomi itu berjaya dilaksanakan, ia mampu mengukuhkan sokongan rakyat terhadap gabungan PH dan BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-16.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerangka Ekonomi MADANI, bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia dan akan membawa limpahan hasil bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih berkualiti.
Dalam pada itu, penganalisis politik dari Pusat Perdana Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Mazlan Ali percaya penerusan sikap adil Perdana Menteri ke atas empat negeri ditadbir pembangkang iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan membuka mata banyak pihak berhubung prestasi Kerajaan Perpaduan.
"Berulang kali Perdana Menteri menekankan Kerajaan Persekutuan tidak pernah menganaktirikan negeri pembangkang dari segi peruntukan atau pembangunan kerana beliau mahu memastikan nasib rakyat sentiasa terpelihara dan ini membuktikan keikhlasan seorang pemimpin yang mahukan kesaksamaan dinikmati setiap rakyat tanpa menilai sokongan politik mereka," katanya.
Bagi PN pula, mereka perlu memastikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat di Kelantan, Kedah dan Terengganu dilaksanakan termasuk berhubung peluang pekerjaan dan perumahan.
"Di Kedah dalam manifesto PN mereka tawar menyediakan 100,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 30 tahun melalui pelaburan dan pelaksanaan projek berimpak tinggi dan ini mesti dibuktikan dalam tempoh lima tahun ini dahulu, supaya rakyat benar-benar memperoleh manfaatnya.
"Sekarang adalah masa untuk bekerja dan kalau boleh selesaikan masalah tertunggak yang sudah lama dialami rakyat antaranya isu air di Kelantan dan Kedah serta taraf ekonomi penduduk yang masih dianggap rendah berbanding negeri-negeri yang ditadbir Kerajaan Perpaduan," katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga negeri yang ditadbir PN itu juga harus berusaha meningkatkan hasil kerajaan negeri masing-masing tanpa perlu bergantung kepada peruntukan Kerajaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#Kerajaan Perpaduan
#ekonomi madani
#Manifesto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan