awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kira-kira 400,000 batang rokok putih ditemukan terapung di Tok Bali

Bernama
Bernama
11/04/2023
10:12 MYT
Kira-kira 400,000 batang rokok putih ditemukan terapung di Tok Bali
Syed Nor Adli berkata pihaknya mengesyaki penyeludup tidak sempat mengambil kesemua rokok terapung ini dan mereka terpaksa meninggalkan bungkusan rokok berkenaan setelah menyedari kehadiran bot peronda APMM. - Bernama
PASIR PUTEH: Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan berjaya merampas kira-kira 400,000 batang rokok putih yang ditemukan terapung pada jarak lebih kurang 25 batu nautika dari muara Tok Bali, di sini Ahad.
Pengarahnya Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata ketika anggotanya sedang melakukan rondaan menggunakan bot peronda, beberapa bungkusan berwarna coklat dijumpai timbul dalam keadaan berselerak di permukaan air.
"Pemeriksaan lanjut mendapati 40 bungkusan yang ditemukan merupakan rokok putih yang disyaki tidak berkastam dan seterusnya dibawa ke jeti Maritim untuk siasatan lanjut.
"Kesemua 40 kotak ini mengandungi lebih kurang 400,000 batang rokok putih dengan anggaran nilai RM418,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Syed Nor Adli berkata pihaknya mengesyaki penyeludup tidak sempat mengambil kesemua rokok terapung ini dan mereka terpaksa meninggalkan bungkusan rokok berkenaan setelah menyedari kehadiran bot peronda APMM.
"Rokok yang ditemukan ini dipercayai untuk dipasarkan di beberapa tempat dinegeri Pantai Timur dan boleh digunakan kira-kira 20,000 perokok.
"Kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan pihaknya terus komited memastikan perairan negeri Kelantan terpelihara daripada sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rokok terapung
#APMM
#Tok Bali
#penyeludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan